Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

3 Anggota Imigresen Gempur...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur pusat-pusat maksiat di sekitar kawasan...

Bangga Bila Menteri Pakai...

KUALA TERENGGANU - “Rasa bangga juga apabila melihat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk...

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul mempersetujui penglibatan...

Panda Raksasa Lahirkan Anak...

DUA ekor anak panda 'raksasa' yang lahir di sebuah kandang di China kelmarin, menjadi anak panda pertama...

Lelaki & 2 Isteri Ditahan Polis Disyaki Terbabit Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan dua isterinya ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, serbuan pertama berlaku Isnin lalu pada 7.30 malam, apabila pihaknya menahan seorang wanita berusia 21 tahun di sebuah kondominium di sini.

“Hasil serbuan di kondominium itu, polis menjumpai ganja seberat tiga kilogram,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat terhadap suspek terdapat dua lagi suspek terbabit dalam sindiket sama di sebuah rumah di Taman OUG Parklane, Jalan Klang Lama.

“Kira-kira 12.30 tengah malam (10 Feb) polis menahan seorang suspek lelaki (berusia 39 tahun) dan wanita (berusia 21 tahun) yang ketika itu sedang menaiki kereta jenis Honda di kawasan letak kereta di perumahan itu dan merampas ganja seberat satu kilogram dalam kenderaan itu,” katanya.


Muhammad Azlee berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati dua suspek wanita yang ditahan itu adalah isteri pertama dan kedua kepada suspek lelaki yang ditangkap di Taman OUG Parklane.

Selain rampasan dadah yang dianggarkan bernilai RM6,000 polis turut merampas wang tunai mata wang Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat selain barang peribadi dipercayai hasil kegiatan dadah yang keseluruhan dianggar RM10,000 dan beberapa pasport.

“Ketiga-tiga mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman tujuh hari sehingga 17 Feb depan,” katanya.

Selain itu, lelaki berkenaan mempunyai empat rekod jenayah lampau kesalahan dadah di Selangor, Melaka dan Kedah manakala kedua-dua isterinya tiada rekod lampau. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori