Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Video: Lagi Kes Rakyat...

JIJIK lagi pengotor, itu perkataan yang pastinya terbit dari minda apabila melihatkan visual...

Ibu Kandung Melacur Anak...

MIRI - Seorang wanita yang ditangkap kerana melacurkan anak perempuannya berusia 14 tahun...

Siapa Pelakon Lalok Di...

KISAH tentang pelakon buat hal ketika proses produki dijalankan selalu didengar, antaranya perihal...

Liana Rosli Bergelek Buat...

SIKIT pun tidak mendatangkan kudis, itulah yang boleh disimpulkan daripada cara anak perempuan...

Lelaki Islam Buktikan Islamphobia Terus Berlaku

MILAN – Seorang penuntut Muslim, Hamdy Mahisen menunjukkan bahawa Islamophobia terus wujud di Eropah. Hamdy membuktikannya menerusi satu rakaman video bagaimana beliau dipandang sinis dan dikeji ketika berjalan di bandar Milan.

Dalam rakaman video itu, Hamdy memakai jubah, lebai sambil membawa al-Quran dan berjalan selama lima jam di bandar Milan.

Meskipun wajah Hamdy tidak menggambarkan beliau seorang yang ganas, sebaliknya berwajah lembut, namun orang ramai yang bertembung dengannya mempunyai pandangan berbeza.

“Kau lihat tak ISIS,” itu yang dikatakan oleh seorang pejalan kaki bersama rakannya saat mereka bertembung dengan Hamdy.

Selain itu ada yang menjerit Taliban sebaik berdepan dengan Hamdy.

Manakala individu lain pula kelihatan tidak selesa apabila Hamdy duduk berdekatan dengan mereka.


Tidak kurang pula yang membuat spekulasi beliau membawa senjata dan akan melakukan keganasan.

“Tengok, dia membawa Quran. Aku rasa dia membawa senjata di sebalik jubah itu,”. Itu antara prejudis yang dihadapi oleh Hamdy.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Islamphobia masih berlaku di dunia ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori