Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dua Letupan ‘Gegarkan’ Pelabuhan...

PENDUDUK bandar Pelabuhan Klang terkejut apabila digemparkan dengan dua letupan yang membabitkan kebakaran...

‘Cemburu’ Dengan Kemesraan Pasangan...

MESKIPUN media sosial tempatan viral dengan kisah-kisah selebriti kahwin dua, pelakon baharu cuba...

Kenapa Pemimpin MCA, MIC,...

ANEH... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini adil ke tidak? Hairan juga kenapa...

Pencabar Najib Ketika PRU-13...

KUALA LUMPUR - Calon PKR bagi Parlimen Pekan ketika Pilihan Raya Umum (PRU)...

Lelaki Lemas Dipercayai Tergelincir Ketika Memancing

KUALA BERANG – Seorang lelaki ditemui lemas selepas tergelincir dari atas batu ketika memancing di kawasan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, semalam.

Mangsa, Khairul Azami Azahami, 28, dari FELDA Mengkawang, Ajil ditemui kira-kira jam 5.46 petang.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Abdullah Zawawi Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan dari Balai Bomba Kuala Berang pada jam 3.58 petang.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba itu bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki terjatuh dari batu ketika memancing bersama lima rakannya.


“Anggota kami dimaklumkan jarak ke lokasi kejadian mengambil masa satu jam dengan berjalan kaki.

“Bagaimanapun, mangsa ditemui tersangkut di celah batu dan dibawa naik ke tebing oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya.

Abdullah Zawawi berkata, pihaknya bertindak membawa keluar mangsa dan diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya. – BHarian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori