Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Cukai RM9.41j: Shafee,...

KUALA LUMPUR: Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Salah Buka Baju Di...

PEMINAT pasukan Liverpool menyuarakan kebimbangan mereka berhubung kecederaan yang dialami pemain sensasi, Mohamed...

PT3 Bermula Hari Ini,...

KUALA LUMPUR - Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bermula hari ini dan...

Pekerja Ladang Dituduh Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pekerja ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

Mati Lemas Ketika Memancing Di Air Terjun Belukar Bukit

HULU TERENGGANU – Kegembiraan enam sahabat menghabiskan cuti hujung minggu dengan memancing di kawasan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka mati lemas petang semalam.

Komander Operasi Bomba Mohd Zamri Omar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Khairul Azami Azahami, 28, yang sedang memancing bersama-sama lima rakannya tiba-tiba tergelincir dari atas batu dan hilang dibawa arus sungai.

Katanya mayat pemuda yang berasal dari Felda Mengkawang itu ditemukan tersangkut di celah batu pada kira-kira pukul 5.46 petang oleh orang awam.

“Orang awam membantu menaikkan mayat mangsa ke tebing sebelum ketibaan pasukan Bomba kerana jarak ke lokasi kejadian memakan masa kira-kira satu jam dengan berjalan kaki,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori