Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KUANTAN - Polis Pahang merampas dadah bernilai RM129,538 selepas menahan seorang lelaki di...

Larangan Eksport Balak, Tiada...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata tiada pengecualian...

Masyarakat Dayak Balik Kampung...

SIBU - Walaupun cuti sekolah belum bermula, masyarakat Dayak yang menyambut perayaan Hari...

CGC Peroleh Hak Penamaan...

KUALA LUMPUR - Penyedia perkhidmatan pengangkutan awam, Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menamakan semula...

Lensa Anak Muda Sokong Tifo Anjing

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang sering dikaitkan dengan politik pembangkang mempertahankan tindakan penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mengibarkan tifo gergasi yang memaparkan gambar anjing sewaktu aksi Piala Sumbangsih 2015 di Stadium Larkin baru-baru ini.

Pengarah Lensa, Ekshan Bukharee berkata, peristiwa pengibaran tifo anjing itu sekadar satu lagi siri kritikan berterusan terhadap kewibawaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam menerajui pengurusan bola sepak Malaysia selama ini.

“Penangkapan 12 penyokong JDT kerana tifo itu juga menimbulkan persoalan apakah FAM langsung tidak boleh disentuh?. Lensa bersolidariti bersama penyokong bola sepak tanah air khususnya penyokong JDT di atas tindakan ke atas mereka.

“Lensa berpendirian tindakan penyokong JDT di Stadium Larkin tempoh hari sejajar dengan prinsip kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ekshan berkata, tifo yang diangkat penyokong JDT itu bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana individu sebaliknya satu ekspresi tidak puas hati pencinta bola sepak tempatan terhadap cara FAM mengurus tadbir industri bola sepak negara.

Katanya, kritikan lantang terhadap FAM itu bukan cuma berlaku di Johor sebaliknya banyak pihak lain senada dengan penyokong bola sepak negeri itu dalam isu berkenaan sambil menegaskan kritikan itu akan terus berlaku musim ini.


Beliau antara lain mengingatkan janji FAM Malaysia akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 dan Pelan Induk Bola Sepak Negara pada tahun 1999 yang tidak menjadi kenyataan hingga hari ini.

“Sebagai rakyat yang cintakan bola sepak Malaysia, kami menuntut penjelasan daripada pihak FAM, apakah penambahbaikan yang telah dilaksanaka. Rakyat mahu bola sepak menjangkau lebih jauh daripada Piala Suzuki AFF mahupun temasya Sukan Sea.

“FAM seharusnya memanfaatkan pandangan dan kritikan yang dilontarkan penyokong bola sepak tanah air ini. Tanpa penyokong yang setia seperti mereka, siapa lagi ingin mendokong bola sepak Malaysia,” katanya.

-MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • NGO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori