Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kementerian Pendidikan Tunggu Laporan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan pihak sekolah berhubung kejadian seorang...

Pejabat PM Nafi Mahathir...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad tidak pernah terlibat dalam penerbitan...

Projek Hidroelektrik Bukan Punca...

TEMERLOH - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan dakwaan bahawa pembangunan Projek...

14 Cedera Dalam Letupan...

PATTANI - Seramai 14 orang cedera termasuk dua anggota tentera parah dalam kejadian...

VIDEO: Ini Jadinya Bila Wanita Dibelasah Teruk Selama Setahun..

KEBIASAANNYA, lelaki yang menghadapi masalah tidak dapat mengawal panas baran mudah terdorong untuk menggunakan kekerasan sebagai cara menyelesaikan masalah.

Lihat sahaja beberapa kes penderaan di Malaysia yang melibatkan pergaduhan antara suami isteri.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman walaupun sekali dipukul, mempunyai potensi besar untuk terkena lagi.

Melalui sebuah kempen yang dijalankan Kerajaan Serbia, kisah seorang gadis yang dibelasah kekasihnya setiap hari selama satu tahun dipaparkan dalam bentuk video.

Mendapat tontonan lebih 39 juta kali, ia mendapat banyak respon postif daripada pengguna YouTube.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana perubahan wajah gadis yang menjadi mangsa selepas dibelasah begitu teruk. Parut di wajahnya bukan sahaja silih berganti tempat malah senyumannya semakin lama semakin pudar…


Jika anda atau sesiapa di sekeliling anda diperlakukan begini, usahlah berdiam diri.

Adukan kepada pihak berkuasa.

Ini kerana sebagaimana pesanan di penghujung video, mangsa kezaliman ini kadangkala tak tahu bagaimana nak mengadu tetapi jiwa mereka mungkin sentiasa menjerit, ‘pomozite mi ne znam da li cu docekati sutra’ (dalam Serbian) yang bermaksud, “Tolonglah saya! Saya tidak tahu samaada saya masih bernafas lagi esok’.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori