Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Temui Pemimpin UMNO...

KOTA BHARU - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan...

COVID-19 Boleh Disebar Melalui...

KUALA LUMPUR - Virus SARS-CoV-2 dikenal pasti boleh disebarkan melalui kaedah aerosol, iaitu...

Kadar Tambang Baharu ERL...

KUALA LUMPUR - Tambang baharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan...

Subhanallah.. Banjir Tak Halang...

Bagi yang mahu berfikir, bencana diturunkan Allah SWT seperti banjir, seharusnya menjentik hati...

Lima Tersesat Di Gunung Datuk Ditemui

REMBAU – Lima orang yang dilapor tersesat di Gunung Datuk di sini pagi tadi ditemui selamat pada tengah hari.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Abdul Halim Abdul Malik berkata empat lelaki dan seorang wanita yang berumur antara 20 hingga 22 tahun itu ditemui kira-kira 1.03 tengah hari.

“Mereka dijumpai kira-kira 300 meter dari kaki gunung tanpa mengalami kecederaan dan telah dibenarkan pulang,” katanya.

Para pendaki tersebut mendaki pada pukul 5.15 pagi dan dilaporkan sesat kira-kira pukul 8.08 pagi.

Sementara itu sekumpulan tujuh pendaki lain turut dilapor sesat dan usaha mencari mereka sedang dilakukan.


Abdul Halim berkata mereka yang berumur lingkungan 20-an dipercayai berada kira-kira 1.5 kilometer dari kaki gunung.

“Kita jangka ketujuh-tujuh mereka bakal ditemui dalam tempoh tiga hingga empat jam lagi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori