PELAKON Linda Rafar menyatakan perasaan terkilannya dengan sikap sesetengah pihak yang mengatakan dirinya seorang yang riak kerana berkongsikan sekeping cek bernilai RM15,000 di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Menurut Linda, 37, dia langsung tidak mempunyai sebarang niat tidak baik ketika memuat naik gambar itu di media sosialnya, sebaliknya hanya menyatakan keterujaan dan ingin menzahirkan rasa terima kasih dan perhargaan kepada pihak jenama tudung Fareeda yang merupakan pengisu cek terbabit.
“Kebetulan hari tersebut adalah hari jadi saya dan saya memuat naik gambar cek berkenaan semata-mata ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak tersebut kerana terlalu gembira dapat hadiah.
“Tiada niat untuk bersikap riak, hanya ingin menghargai pihak yang memberik hadiah kepada saya. Itu saja,” katanya memetik mStar.
Cek tersebut merupakan jumlah bayaran yang ditawarkan kepada Linda selepas dia terlibat dalam satu projek penampilan khas bersama Fareeda yang mana dia perlu mempromosikan produk terbaharu jenama tudung terkenal itu. – MYNEWSHUB.CC