Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

2 Warga Emas Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dan wanita warga emas maut apabila kereta Perodua...

JKKK Diminta Aktif Beri...

MIRI – Kerajaan mahu anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa...

Wanita Dakwa Anak Paksa...

NEW YORK - Seorang wanita warga Ghana yang ditangkap kerana menyeludup heroin dengan memasukkannya...

Apabila PokéStop Dan Gym...

ANTARA PokéStop dan Gym Pokémon di Malaysia diletakkan di lokasi keagamaan seperti surau,...

Liyana Jasmay Cabar Diri Bawa Watak Gadis Buta

KUALA LUMPUR – Tidak pernah ditawarkan watak gadis buta membuatkan pelakon Liyana Jasmay teruja untuk menerima tawaran daripada RK Screen bagi menjayakan watak seorang gadis buta dalam filem terbaharu lakonannya, Isyarat Cinta.

Menurutnya, watak buta mempunyai cabarannya yang tersendiri seperti mana watak-watak lain yang pernah digalasnya sebelum ini.

“Masa saya ditawarkan karakter ini, of course saya rasa macam wow. Saya tak pernah bawa watak buta sebelum ini jadi saya rasa ini adalah cabaran yang sangat hebat dan saya ambil cabaran ini dan saya buat sehabis baik dan harapan saya semoga penonton akan rasa apa yang saya rasa (sepanjang melakonkan watak gadis buta, Dhia).

“Kekuatan filem ini adalah daripada jalan ceritanya, bila saya dah berada dalam set penggambaran, secara semulajadi akan transform into character.

“Untuk watak buta ini saya buat homework saya sendiri antaranya menonton filem yang memaparkan watak buta, melihat orang-orang cacat penglihatan di sekitar Kuala Lumpur serta membaca buku berkaitan perwatakan orang buta,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran muzik video lagu OST Isyarat Cinta, Tak Harus Memiliki nyanyian Tomok, di sini hari ini.

Sepanjang tempoh 25 hari penggambaran di Cameron Highland, Liyana mengakui dia senang bekerja dengan rakan gandingannya iaitu Adi Putra dan Fizo Omar yang sentiasa mencipta keserasian sepanjang mereka menjalani penggambaran di sana.

“Nak berlakon dengan Adi dan Fizo tak susah sebab kita memang dah kenal sebelum ini, tiada masalah nak berkomunikasi,” katanya.


Selepas ini, Liyana akan memulakan penggambaran filem terbitan syarikatnya, Mermaid Studios, berjudul Bella dan Jammy pada April depan.

Menerusi naskah terbaharu itu, Liyana memberi kepercayaan kepada pengarah baru, Roy untuk menterjemahkan skrip tersebut ke dalam bentuk visual. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=NB7xotgs730&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=tbljGpk_SIo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori