Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pemandu Maut, Lori Terjunam...

NILAI - Seorang pemandu lori tangki minyak sawit maut selepas kenderaannya terjunam ke...

Rangka Manusia Ditemui Dalam...

SEBERANG PERAI - Satu rangka manusia ditemui dalam keadaan berselimut di tingkat atas...

Wan Raja, Isteri Hampir...

Siapa sangka, hanya kerana bergelar selebriti, pelakon Wan Raja dan isteri, Yaya Maembong...

Alolo… Sweetnya Sheila Rusly...

SIAPA sangka pada mulanya hubungan mereka ini hanya sebagai seorang pelakon dan penerbit....

Kisah Pemandu Lori Maut Digilis Lori Sendiri

JOHOR BAHRU – “Setiap hari arwah akan singgah ke warung ini untuk bungkus juadah makanan tengah hari, namun hari ini (semalam) arwah datang lebih awal untuk bersarapan ketika warung baru dibuka,” kata saksi kejadian pemandu lori yang maut digilis kenderaan dipandunya dalam kejadian di depan warung di FELDA Inas, Jalan Sengkang-FELDA Inas dekat Kulaijaya, semalam.

Menurut wanita berusia 36 tahun yang juga pekerja warung berkenaan, pemandu lori, Rezal Osman, 37, yang maut ketika cuba memberhentikan lorinya sebelum digilis tayar belakang kenderaan berat itu adalah pelanggan tetap di warung berkenaan.

“Semalam (kelmarin), arwah datang seperti biasa ke warung untuk membungkus juadah tengah hari dan itu rutin hariannya.

“Berbeza hari ini (semalam), arwah tiba lebih awal kira-kira jam 7.15 pagi ketika warung belum dibuka sepenuhnya, namun kuih-muih tersedia di hadapan dan arwah mahu membelinya


“Ketika dia membungkus kuih, tiba-tiba semua orang di warung terkejut dan panik apabila melihat lori dipandu arwah yang diletakkan di bahu jalan bergerak dan melanggar bumbung warung,” katanya. – Harian Metro Online

DISYORKAN BACA : Brek Tak ‘Makan’, Pemandu Maut Digilis Lori Sendiri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori