HILANG tempat bergantung, hilang tempat bermanja, hilang tempat bercerita. Mungkin itu yang dirasai seorang wanita dalam tulisannya yang benar-benar menyentuh hati ramai.
Sekeping foto yang dikongsikan pemilik akaun qiss.khairi di laman Instagram berjaya menjentik perhatian ramai yang terkesan membaca luahan rindunya sebagai seorang anak terhadap ibu yang telah ‘pergi’ menghadap Ilahi dua tahun lalu.
Tulisnya, “Mak… Hari ini 26 haribulan 12. Birthday orang… Tiap tahun Mak tak pernah lupa. Tapi dah dua tahun orang lalui tanpa Mak. Orang rindu Mak.
Malam tadi orang tunggu pukul 3 pagi, orang tengok phone… Orang teringat yang Mak akan mesej orang pukul 3 pagi setiap kali birthday orang. Sebab pukul 3 pagi Mak selamat lahirkan orang.
Mak… Terima kasih sebab tumpangkan perut Mak untuk orang, terima kasih sebab bertarung nyawa melahirkan orang, terima kasih sangat-sangat sebab menyusukan orang. Jasa Mak, belum tentu orang dapat balas.
Hanya doa yang orang kirimkan setiap hari. Orang terlalu rindukan Mak… Kadang-kadang terasa macam Mak ada… Terdengar-dengar suara Mak. Sumpah Mak, roang teringat dekat Mak setiap hari.
Hari-hari orang tengok tengok video dan gambar Mak. Orang rindu suara Mak… Rindu sangat.”
Mungkin kerana rindu yang membuak-buak, wanita tersebut menyimpan kain batik yang pernah digunakan arwah ibunya ketika hayat masih bernafas.
Paling menghibakan, pemilik akaun juga menceritakan bahawa dia masih menyimpan aiskrim yang dibuat ibunya di dalam peti sejuk sebagai kenangan.
“Kain batik yang selalu Mak pakai-pakai orang simpan… Tapi tak ada bau Mak dah… Aiskrim yang Mak buat hari-hari, sampai sekarang masih ada dalam peti… Anak orang nak makan pun orang tak bagi…ÂÂ
Orang pun tak tau lah sampai bila orang nak simpan aiskrim tu… Macam mimpi, tapi realiti… Orang dah tak ada Mak, dah tak ada Bapak… Orang rindu sangat dekat Bapak… dekat Mak…”
Betul-betul menyentuh perasaan. Luahan ikhlas wanita tersebut kemudiannya menerima banyak reaksi dan kata-kata semangat oleh pengguna laman sosial, malah ia turut dikongsi ramai di laman Facebook dan Twitter.
Betullah pepatah ada mengatakan, ‘kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’.
Hargailah kedua-dua mereka ketika masih berada di samping kita.
Al-fatihah buat arwah ibu pemilik akaun. -MYNEWSHUB.CC
*Ish, kenapa mata masuk habuk ni..
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Aisyah
https://www.youtube.com/watch?v=d4w9ph_kYzA