Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Renungan.. Kisah ‘Keajaiban’ Tawakal...

JIKA anda yang membaca ini, sedang berada dalam keadaan sukar kerana dihimpit ujian hidup dan...

Kurang Pengetahuan Punca Ramai...

KANGAR - Kurang pengetahuan mengenai kelebihan khasiat buah-buahan tempatan antara punca golongan muda...

MARA Patani Nafi Tak...

BANGKOK - Majlis Syura Patani (MARA Patani) menafikan dakwaan bahawa kumpulan itu belum...

Antonio Conte Dedah Derita...

ANTONIO Conte mendedahkan bahawa keluarganya turut terlibat dalam apa sahaja 'drama' berkaitan Chelsea...

Sayu.. Luahan Pengguna Dakwa Ditindas Astro

SEORANG pengguna Astro meluahkan rasa kecewanya terhadap syarikat penyiaran swasta berkenaan di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Menurut pelanggan wanita berkenaan, dia telah menamatkan langganan kontrak Astro lalu diarah memulangkan semula set dekoder bersama kad dan remote dalam masa 30 hari.

Sedangkan sebelum ini, Astro dikatakan hanya meminta kad dekoder sahaja dikembalikan.

Melihat syarat itu sebagai tindakan yang membebankan dirinya, wanita itu meluahkan rasa kecewanya kepada Astro, sebagaimana prinstscreen di bawah.

astro cho sadd wm

“Wah! Banyak untung ya. Dahlah terikat dengan kontrak masa mula-mula ambil (langgan). Buat promosi bukan main. Suruh tukar dekoder la, pakej ini dan itulah. Letih betul. Takkan tak boleh lantik agen untuk collect benda-benda tu? Pelik sungguh.

“Kata dah maju, kaya raya dah Astro ni. Orang-orang jual kecil-kecilan pun ada pakej delivery dan pick up,” katanya.


Difahamkan wanita berkenaan dalam proses memohon TM Unifi bagi menggantikan langgan Astro yang didakwanya mencekik darah pengguna.

“Dahlah bukan setiap daerah ada tempat yang boleh terima set yang nak dipulangkan ni. Adoii.. tambang teksi saya siapa mau bayar? Kalau tak hantar, Astro nak penalti pula saya RM500,” keluhnya lagi.

Berasakan dirinya ditindas, rakan-rakan pelanggan terbabit dikatakan telah menasihatkan supaya dia melaporkan perkara berkenaan kepada Tribunal Pengguna.

Bunyi dah macam servis sewa peralatan pula kami rasa, kalau begitu pihak Astro tak nak kutip ‘piring terbang’ dia sekali ke?

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori