Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rekabentuk Jam Tangan Pintar...

Nampaknya pada tahun ini bukan sahaja 'perang' arena telefon pintar, kini jam tangan...

Penjawat Awam Diingatkan Supaya...

SEREMBAN - Penjawat awam di Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak terlibat dengan kes-kes...

3 Jenis Penempatan Untuk...

GUA MUSANG - Jawatankuasa Menangani Pasca Banjir (JMPB) negeri Kelantan sedang giat menyiapkan...

PAS Putus Kerjasama Talak...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa...

Lukisan Termahal Di Dunia RM1.06 Bilion

BASEL, Switzerland – Lukisan yang dihasilkan Paul Gauguin pada abad ke-19 berjaya memecahkan rekod karya seni paling mahal apabila dijual pada harga mencecah £197 juta (RM1.06 bilion) pada satu lelongan di sini baru-baru ini.

Lukisan yang diberi nama Nafea faa ipoipo itu memaparkan dua wanita Tahiti selepas Paul menghabiskan masa di pulau tropika itu pada penghujung abad ke-19.

Bekas pemiliknya, Rudolf Staechelin yang merupakan seorang pengumpul hasil seni dan berasal dari sini mengesahkan penjualan tersebut. Dia menyatakan, lukisan itu dijual berikutan harga yang ditawarkan cukup lumayan.

“Persoalannya, mengapa sekarang? Ia adalah kerana harga yang ditawarkan kepada kami cukup lumayan,” katanya kepada New York Times.

Rudolf bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut, namun ada dakwaan yang mengatakan lukisan itu dibeli oleh kerajaan Qatar.


Jika laporan mengenai jualan tersebut disahkan, ia sekali gus akan memadam rekod sebelum ini yang dipegang artis seni Paul Cezanne selepas lukisan yang bertajuk The Card Players dilelong pada harga £170 juta (RM918 juta).

Gauguin dan Cezanne merupakan sebahagian daripada pelukis kelahiran Perancis yang melonjak reputasi selepas kematian mereka.

– Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori