Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Operasi myBAS Kuala Terengganu...

KUALA TERENGGANU ā€“ Pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi...

Tak Mahu Majlis Nampak...

BAKAL berkahwin hujung bulan ini, pelakon Siti Saleha berkata dia tidak mahu majlisnya...

Lelaki Nepal Ditahan Cuba...

SEORANG lelaki warga Nepal ditahan selepas cuba merasuah polis yang menahannya kerana memandu...

PM Terkejut 2 Rakyat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut...

Pekerja Kolam Ikan Didakwa Aniaya, Cederakan Anaknya

SEREMBAN – Seorang pekerja kolam ikan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menganiaya dan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, minggu lepas.

Mohamad Jasmi Abdul Wahab@Tambu, 37, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Bapa tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak lelakinya yang berumur tujuh tahun di sebuah rumah di Sikamat di sini antara pukul 10 hingga 10.50 pagi, 4 Feb lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mohamad Izwan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mac depan bagi sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori