Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Ahli Parlimen Turki Bertumbuk...

Ankara - Perbalahan antara ahli Parlimen dari parti pemerintah, AK dan pembangkang pro-Kurdis...

Kapal ALMI SPIRIT Dinaiki...

JOHOR BAHARU - Sebuah kapal, MT ALMI SPIRIT dinaiki enam perompak di Selat...

Jari Kanak-kanak Terlekat Dalam...

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat...

APMM Gerak SAR Nelayan...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat...

Majikan Digesa Sedia Kemudahan Untuk Pekerja Ditimpa Musibah Banjir

MARAN – Majikan di negara ini digesa menyediakan kemudahan rumah dan kemudahan lain sewajarnya kepada pekerja mereka yang terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata penyediaan rumah kepada pekerja tidak kira tempatan atau warga asing perlu bagi meningkatkan produktiviti para pekerja.

“Musibah banjir yang menimpa negara baru-baru ini turut memberi kesan kepada pekerja-pekerja dalam pelbagai sektor dan kementerian berharap para majikan dapat memberi keselesaan kepada pekerja mereka demi menjaga produktiviti tempat mereka bekerja.

“Pada saya majikan tidak akan rugi jika kemudahan yang baik dan selesa disediakan kepada pekerja kerana mereka telah memberi sumbangan kepada syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pasca banjir kepada mangsa banjir kawasan Parlimen Maran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, di sini Rabu.


Seramai 1,100 orang penerima bantuan menerima wang tunai berjumlah RM500 tiap seorang, barangan keperluan harian serta makanan.

Ismail berkata sebanyak 99 majikan terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini di seluruh negara dengan kerugian mencecah RM10.2 juta.

Katanya majikan seharusnya peka dengan keperluan dan kebajikan para pekerja terutama bagi mereka yang ditimpa musibah.

“Majikan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang jika didapati tidak menyediakan kemudahan dan mengabaikan kebajikan yang sewajarnya kepada para pekerja mereka,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori