Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pegawai AS Pecahkan Telefon...

PEGAWAI Persekutuan kini sedang menyiasat video yang menunjukkan seorang pegawai penguatkuasa undang-undang di...

Dari Bola Sepak, Zaquan...

SUAMI Ayu Raudhah yang juga merupakan bintang bola sepak terkenal, Zaquan Adha kini...

Myanmar Ugut NGO Asing...

YANGON – Ketua Menteri Rakhine dan beberapa pemimpin Buddha negeri barat Myanmar itu...

Bekas Menteri Sarawak, Celestine...

KUCHING - Bekas Menteri Kabinet Sarawak, Tan Sri Celestine Ujang, 70, meninggal dunia...

Majikan Perlu Sedia Rawatan Awal Kepada Pekerja

MARAN – Majikan perlu menyediakan kemudahan rawatan dan perubatan awal di penempatan atau rumah kongsi pekerja sebelum pekerja yang mendapat kemalangan semasa bekerja dihantar untuk mendapat rawatan lanjut di klinik atau hospital.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata langkah itu boleh menyelamatkan nyawa dan mengelak pekerja daripada ditimpa kecederaan lebih serius.

“Tindakan awal ke atas pekerja yang mendapat kemalangan dapat menyelamatkan nyawa pekerja terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri Wilayah Jengka di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kanan Seranta Pusat, Rosdin Abas dan Anggota Dewan Undangan Negeri Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail.

Terdapat 21,292 majikan berdaftar dalam sektor peladangan, hartanah dan pembinaan di negara ini.


Ismail berkata tidak sampai 10 peratus majikan dalam sektor berkenaan yang menyediakan kemudahan rawatan perubatan awal atau sementara di rumah kongsi atau penempatan pekerja mereka.

Di samping itu beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas majikan yang mengabaikan kebajikan pekerja termasuk tidak menyediakan rumah atau kongsi pekerja mereka dengan baik.

Para pekerja boleh membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja sekiranya mereka dianiaya atau dinafikan hak mereka, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori