SAMBUTAN hari jadi ke-26 pelakon dan pengacara jelita, Neelofa diadakan di sebuah hotel mewah, pada Khamis.
Majlis Penghargaan Media berserta sambutan hari jadi Neelofa yang dianjurkan oleh pemilik syarikat kosmetik Airish, Dato’ Aizuddin Ghazali dan isteri, Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal itu sekaligus bagi mengumumkan pelantikan Neelofa sebagai duta produk kecantikan mereka.
Bertempat di Hotel The Royale Chulan, beberapa rakan artis dan peminat Neelofa turut hadir memeriahkan majlis.
Nabil Raja Lawak bertindak selaku pengacara majlis, berjaya menghidupkan suasana dengan aksi lucu dan gurauan sponton yang mencuit hati tetamu.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor yang cantik mengenakan gaun biru cair turut diberikan sambutan istimewa berupa persembahan lagu Kenangan Terindah dan puisi daripada peminatnya.
Hal ini membuatkan anak kelahiran Kelantan itu kelihatan terharu dan berterima kasih kepada pemilik Airish dan kesemua tetamu yang hadir.
Rasanya belum terlambat juga untuk kami ucapkan selamat hari jadi buat Neelofa – kami doakan semoga maju jaya dan cepat kahwin ok!
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=SA9_xLI_Ykw&feature=youtu.be
https://www.youtube.com/watch?v=jUWv1JkR6oo