Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Cadangan Gantung Sekolah Pembuli...

ALOR SETAR - Cadangan Kementerian Pendidikan yang mahu menggantung persekolahan pesalah kes buli...

Bank Rakyat Ambil Langkah...

KUALA LUMPUR - Bagi mengelak penggodaman Mesin Juruwang Automatik (ATM) seperti yang berlaku...

Wanita Buat Laporan Dirogol...

SEORANG wanita Belanda disabitkan bersalah melakukan zina oleh mahkamah di Doha, Qatar selepas...

UMNO Tak Tergugat Dengan...

SINTOK - UMNO sama sekali tidak akan tergugat dengan helah pembangkang melalui penyebaran...

Majlis Rumah Terbuka Bukti Wujud Perpaduan

KOTA KINABALU – Penganjuran majlis rumah terbuka sesuatu perayaan membuktikan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan wujud di negara ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata penganjuran majlis seperti itu sentiasa berjaya menghimpunkan rakyat di bawah satu bumbung untuk memeriahkan perayaan masyarakat kaum lain.

“Di mana sahaja (majlis rumah terbuka) saya hadiri, sambutan masyarakat begitu ramai, begitu mesra dan mereka gembira.

“Ini jelas menunjukkan rakyat begitu senang hati dan mesra dan boleh berjumpa dan memeriahkan perayaan seperti ini.

“Perasaan muhibbah, perasaan setiakawan dan kekitaan (dalam kalangan rakyat) itu memang wujud di sana sini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA Bahagian Penampang di sini hari ini.

Terdahulu, Musa menghadiri majlis rumah terbuka Parti Bersatu Sabah (PBS).


Sementara itu, Timbalan Ketua MCA Bahagian Penampang Datuk Francis Goh berkata kehadiran ramai masyarakat Cina pada majlis rumah terbuka MCA itu memberi harapan kepada parti berkenaan untuk meraih semula sokongan kaum berkenaan terhadap MCA.

Beliau juga berkata MCA Penampang sedang bekerja keras untuk mendekati masyarakat khususnya kaum Cina melalui pelbagai aktiviti.

“MCA Penampang cuba menonjolkan pelbagai cara untuk mendekati rakyat, seperti dalam majlis ini, kami menyampaikan bantuan kepada 260 penduduk miskin yang dikenal pasti di sekitar Kepayan,” katanya.

Selain itu, Goh berkata MCA Penampang turut menyampaikan bantuan kewangan RM15,000 kepada isteri seorang wartawan akhbar tempatan berbahasa Mandarin yang sakit lumpuh.

Jonathon Wong, 50-an, dari akhbar Morning Post lumpuh selepas diserang strok pada Jun tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori