Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penulis Lagu Popular Ini...

MUNGKIN tidak ramai yang mengenali beliau sebagai penulis lagu bagi beberapa artis wanita...

Bina Empangan Selesaikan Masalah...

MACHANG - Kerajaan Kelantan dicadangkan membina empangan di kawasan ulu negeri ini, bagi...

Video: Luahan Peniaga Cendol...

KES peniaga tepi jalan bergaduh dengan anggota penguatkuasa bukanlah perkara baru. Dari satu sudut,...

Status ECRL Bergantung Keputusan...

KUANTAN - Status pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bergantung kepada keputusan...

M’sia Harapkan Penilaian Adil Oleh Agensi Penarafan Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia mengharapkan penilaian adil oleh agensi penarafan antarabangsa berikutan asas ekonomi negara yang kukuh ketika ini.

Negara ini juga mempunyai sistem kewangan yang teguh, pertumbuhan ekonomi yang mantap, lebihan akaun semasa di samping tahap hutang luar yang rendah serta rizab yang tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kecemerlangan Syariah (SCOE) Maybank Islamic di sini hari ini, beliau berkata, Malaysia mempunyai kadar pengangguran serantau yang rendah, iaitu kurang daripada tiga peratus.

“Peningkatan hutang isi rumah mengalami trend menyederhana sejak 2010. “Semua bidang yang terdedah kepada kelemahan telah ditangani dan kami mengharapkan agensi penarafan mengambil kira faktor terbabit,” tambah Zeti.


Mengenai ringgit, beliau berkata, mata wang tempatan itu yang dinilai kurang daripada nilai sebenar ketika ini, akan mencerminkan asas ekonomi negara.

Sementara itu SCOE Maybank Islamic bertujuan untuk menjadi gedung pengetahuan Syariah dan titik rujukan mengenai amalan terbaik Syariah.

Ia didedikasikan kepada penggiat industri, golongan akademik dan orang awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori