Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Badrul Hisham Tamat Kayuhan...

BUKIT KAYU HITAM - Setelah mengayuh basikal hampir lima bulan melibatkan jarak 11,000...

Polis Siasat Pemalsuan Dokumen...

JOHOR BAHRU - Polis Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku...

Bekas Bintang Real Madrid...

PENYERANG New York Cosmos, Raúl telah mengumumkan beliau akan bersara selepas berakhirnya musim ini,...

Belum Padam Sepenuhnya Walaupun...

NILAI - Selepas kira-kira 15 jam, kebakaran Kilang Karpet Prima di Nilai 3...

Malaysia, Indonesia Sepakat Zon Waktu Seragam ASEAN

PUTRAJAYA – Malaysia dan Indonesia sepakat inisiatif zon waktu seragam ASEAN diberi pertimbangan sewajarnya oleh pertubuhan serantau itu.

Malah Presiden Joko Widodo menyuarakan hasratnya mahukan perbincangan berkaitan zon waktu seragam itu di peringkat pertubuhan serantau berkenaan diadakan segera.

“Common time zone iaitu kesepakatan zon masa ASEAN adalah simbolik persatuan dalam ASEAN. Oleh itu ia haruslah segera dilanjutkan dalam kalangan negara-negara ASEAN,” kata pemimpin Indonesia itu yang lebih mesra dikenali sebagai Jokowi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra di sini hari ini selepas mengadakan pertemuan empat mata dan menghadiri mesyuarat delegasi.

Jokowi kini dalam rangka lawatan negara selama tiga hari di Malaysia bermula semalam (Khamis).

Najib dalam sidang media bersama itu berkata tujuan mewujudkan zon masa seragam ASEAN adalah bagi memudahkan perniagaan dan intergrasi negara-negara ASEAN.


“Ia adalah untuk menunjukkan solidariti ASEAN,” katanya.

Sebelum ini Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata zon waktu seragam ASEAN turut dibincangkan pada Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN yang berlangsung di Kota Kinabalu pada 27 dan 28 Jan baru-baru ini.

Antara manfaat zon waktu seragam bagi rantau ini adalah mengukuhkan hubungan perniagaan dan kerjasama antara kerajaan dalam ASEAN dan negara-negara di Asia yang lain.

Selain itu, zon waktu seragam akan membolehkan lebih banyak masa bagi tujuan komunikasi; menyelaras aktiviti pasaran saham; meningkatkan sistem operasi penerbangan dan menambah baik rangkaian perniagaan dan perbankan di rantau Asia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori