Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wany Cabar Diri Nyanyi...

HANYA bermula daripada menjadikan nyanyian itu sekadar hobi, siapa sangka kini si cantik...

Penembak Bunuh 51 Umat...

CHRISTCHURCH - Lelaki kulit putih Australia, Brenton Tarrant yang membunuh 51 umat Islam...

“Datuk Seri” Palsu: MB...

IPOH - Kerajaan Negeri Perak menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat isu penganugerahan...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat...

Mata Anwar Lebam Di Zaman Saya Tapi Cina Sokong… – Tun M

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketika berlakunya insiden ‘mata lebam’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 masyarakat Cina merupakan penyokong padu dengan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Buktinya, BN berjaya menawan 2/3 kerusi di Parlimen pada pilihan raya umum tahun yang sama.

mata-lebam

Ujar beliau, masyarakat Cina pada ketika itu menyatakan sokongan melalui undi setelah beliau berjaya memulihkan semula ekonomi Malaysia yang teruk ketika krisis ekonomi 1997/1998.

Manakala, masyarakat Melayu pula menolak BN kerana keputusan memenjarakan Anwar.

Memetik kenyataan beliau menerusi portal The Malaysian Insider, “Saya hilang 300,000 undi Melayu dalam pilihan raya 1999 disebabkan insiden mata lebam, tetapi Cina membantu saya mendapatkan majoriti 2/3 parlimen.”


Ujar pemimpin tersohor itu lagi, pada ketika itu, kaum Melayu menganggapnya sebagai pemimpin diktator kerana memenjarakan Anwar, namun tidak bagi komuniti Cina yang berjaya mengelak dari diisytiharkan bankrap.

“Pada masa itu berlaku insiden mata lebam dan ramai orang bersimpati,” ujar beliau merujuk bekas timbalannya, Anwar Ibrahim.

“Ada seorang perempuan Melayu, saya teringat, penyokong kuat UMNO, dia kata tidak akan sokong UMNO lagi,” ujarnya yang turut berkata, tanpa sokongan masyarakat Cina, beliau tidak mampu untuk menguasai Parlimen ketika itu. – MYNEWSHUB.CC

Ucapan Mahathir Tentang Sokongan Masyarakat Cina Ketika Pilihan Raya Umum 1999

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori