Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Lucu! Pergaduhan Pekerja...

VIDEO pergaduhan yang memaparkan aksi kejar mengejar antara dua pekerja kilang elektronik Samsung...

So Sweet..! Fauziah Gous...

Wah.. romantis sungguh pasangan selebriti kita ini. Kami yang melihat pun rasa nak...

KDN Kaji Sistem NBCS,...

KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembangunan Sistem...

Loke Cadang Bina Stesen...

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan mengesyorkan sebuah stesen bagi...

MBNT Sambut Baik Penggunaan LPT 2 Percuma Selama 6 Bulan

KUALA TERENGGANU – Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menyambut baik pengumuman kerajaan yang membenarkan penggunaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) secara percuma, tanpa bayaran tol selama enam bulan, sebelum dikuatkuasa Ogos depan.

Pengerusinya, Zaidi Muda berkata ia akan dapat dimanfaatkan oleh warga Terengganu untuk pulang ke kampung halaman pada cuti Tahun Baharu Cina danmenjelang Aidilfitri nanti.

“Bagi merealisasikan hasrat kerajaan sebagai kepimpinan yang cakna rakyat, golongan belia Terengganu amat berharap agar bayaran tol yang dikenakan nanti berpatutan dan tidak membebankan pengguna kerana untuk sampai ke Kuala Lumpur ketika ini, pengguna perlu membayar lebih kurang RM29 untuk perjalanan satu hala,” katanya kepada Bernama hari ini.

LPT 2 sepanjang 184 kilometer dengan laluan empat lorong bermula dari Gemuroh ke Jabor itu mula dibuka kepada pengguna jalan raya 31 Jan lalu.


Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman berkata lebuh raya itu kini dalam proses melantik pengurus atau penyelenggara lebuh raya dan dijangka mengambil masa enam bulan.

Dalam tempoh itu pengguna boleh melaluinya secara percuma. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori