Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Status Agama Dalam MyKad...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari menyarankan supaya status agama...

ATM Sertai Operasi Ketenteran...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadi pasukan ke-12 menyertai pakatan yang...

Perhimpunan Tertutup Satu Onar,...

PUTRAJAYA - Anggota UMNO dilarang menyertai perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin...

Gagal Menjuarai EPL Bukan...

LONDON - Pep Guardiola enggan mempercayai musim pertamanya selaku pengurus Manchester City boleh...

MCMC Laksana Polisi Tiada Hadiah (No Gift Policy)

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Polisi Tiada Hadiah yang mula berkuat kuasa 18 Februari. Tindakan MCMC untuk melaksanakan polisi ini merupakan satu inisiatif untuk menyemai sikap menjauhi sebarang amalan yang berbaur rasuah.

“Tindakan MCMC ini merupakan salah satu tanggungjawab kami dalam menepati prinsip Ikrar Integriti Korporat (CIP) yang telah ditandatangani oleh MCMC pada 19 November 2012,” kata Pengerusi MCMC, Dato’ Sri Dr Halim Shafie.

MCMC juga mahu membudayakan sikap integriti dalam kalangan kakitangannya selain mempromosikan nilai-nilai ketelusan, etika dan tadbir urus yang baik. Sebarang konflik kepentingan dalam mana-mana urusan atau potensi rasmi MCMC juga dapat dielakkan dengan pelaksanaan Polisi Tiada Hadiah.

MCMC berharap mana-mana pihak yang berurusan dengannya, menghormati pendiriannya dan tidak menghantar sebarang bentuk hadiah atau faedah seperti wang tunai atau baucar, hadiah am, hiburan atau perbelanjaan perjalanan dan lain-lain bentuk hadiah.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)


MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya.

SUMBER: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Tel : +603 8688 8000
Faks : +603 8688 1007
E-mel: [email protected]
Laman web: www.mcmc.gov.my

– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SKMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori