Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Latheefa Patut Letak Jawatan,...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mendesak Latheefa Koya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya...

Fahrin, Elena Dijodohkan Setelah...

Betul kata pepatah orang tua, 'kalau ada jodoh, tidak kemana'.Hari ini, majlis pernikahan...

Tikam Rakan Kerana Dadah,...

NEW YORK - Seorang lelaki ditahan pada Jumaat selepas didakwa menikam rakannya sehingga...

Aksi Separuh Bogel Itu...

PELAKON lelaki yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi, Ammar Alfian berharap agar orang...

Melaka Kekal Destinasi Pelancongan Popular – Exco

MELAKA – Jumlah kemasukan kenderaan ke Melaka yang mencatatkan peningkatan bagi tempoh tiga hari sejak Rabu lepas bersempena cuti Tahun Baharu Cina membuktikan negeri ini kekal menjadi destinasi pelancongan popular, kata Exco Pengangkutan Dan Pemulihan Projek negeri Datuk Lim Ban Hong.

Beliau berkata bagi tempoh tiga hari itu, sebanyak 157,957 buah kenderaan dicatatkan memasuki Melaka melalui tiga plaza tol iaitu Ayer Keroh, Simpang Ampat di Alor Gajah dan Lipat Kajang di Jasin.

“Tol Ayer Keroh mencatatkan kemasukan kenderaan tertinggi melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kemasukan kenderaan ke negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

Katanya sebanyak 48,793 buah kenderaan direkodkan memasuki Melaka melalui tiga tol tersebut pada hari pertama pemerhatian dilakukan berbanding 46,909 buah pada hari sama tahun lepas.


Pada hari kedua dan ketiga pula masing-masing merekodkan kemasukan kenderaan berjumlah 56,840 dan 52,324 buah berbanding 51,981 dan 54,015 buah pada tahun lepas, katanya.

Lim berkata walaupun kemasukan kenderaan meningkat namun keadaan trafik masih terkawal dengan pemantauan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori