Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Wajib Tolak PAS!...

KUALA LUMPUR - PAS terus diserang hebat Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu...

ROS Tak Terima Permohonan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menerima sebarang permohonan daripada bekas Timbalan...

Musa Aman Mahu Adun...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta Anggota Dewan Undangan...

Sambutan Aidilfitri Terakhir Obama...

WASHINGTON DC - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menganjurkan sambutan majlis Aidilfitri...

Melaka United Dalam Misi Wajib Layak Ke Liga Perdana

MELAKA – Pasukan Melaka United yang bermain dalam Liga FAM musim ini perlu mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim bagi memastikan misi wajib layak ke Liga Perdana tahun depan dicapai, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United itu berkata kegagalan skuad Hang Tuah layak ke Liga Perdana musim lepas yang berpunca daripada tidak dapat mengekalkan prestasi baik pada awal musim, perlu dijadikan pengajaran bagi memantapkan pasukan.

“Tahun lepas kita cukup hebat pada awal musim tetapi bila tiba pertengahan musim prestasi kita longlai, kita tidak konsisten juga gagal kekalkan momentum baik hingga ke akhir musim dan ini perlu diatasi musim ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Idris berkata di bawah bimbingan jurulatih baharu Mat Zan Mat Aris musim ini, beliau percaya jurulatih berpengalaman itu mampu merencana strategi terbaik buat pasukan Melaka United dalam merealisasikan impian layak ke Liga Perdana tahun depan.


Liga FAM musim ini menyaksikan Melaka United diundi dalam kumpulan B bersama lapan lagi pasukan antaranya dua pasukan muda yang dianggap pencabar utama iaitu Harimau Muda C (bawah-19) dan Johor Darul Ta’zim III (bawah-23).

Dalam perlawanan persahabatan pramusim petang semalam di Stadium Hang Tuah di sini, Melaka United beraksi cemerlang dengan menumpaskan Felcra FC 3-1.

Melaka United bakal melayan kunjungan Terengganu dalam saingan Piala FA pada 28 Feb ini di Stadium Hang Jebat dan dijangka memulakan kempen Liga FAM pada bulan depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori