Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

1,870 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,870 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, dengan enam...

Aliff Aziz Selamat Bertunang...

PENYANYI kelahiran Kota Singa, Aliff Aziz selamat bertunang dengan pilihan hatinya Bella Astilah,...

Serangan Masjid: Warga Malaysia...

SEORANG rakyat Malaysia cedera dalam insiden tembakan di sebuah masjid di Christchurch, New...

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila seorang Ahli Parlimen...

Menara KL Sasar Sejuta Pengunjung Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur (Menara KL) menyasarkan sejuta pengunjung dari dalam dan luar negara tahun ini berbanding 850,000 tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata Menara KL menawarkan pelbagai aktiviti menarik tahun ini termasuk mewujudkan zoo mini yang dijangka menarik minat pelajar sekolah.

“Selain daripada zoo mini yang akan diadakan bulan depan, Menara KL juga bercadang memberikan suasana baharu dengan mewujudkan lampu-lampu LED di menara yang berpotensi lebih ramai orang mengunjunginya,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.

Terdahulu, delegasi Menara KL diberikan penerangan mengenai struktur organisasi dan operasi Bernama oleh Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh.


Dalam pada itu, Meor Shahril Anuar yang baru dilantik memegang jawatan itu pada Julai lepas berkata Menara KL sedia menjalin kerjasama dengan Bernama khususnya dalam menyediakan berita yang dapat mempromosi Menara KL sebagai destinasi ikonik di Malaysia.

Menara KL setinggi 421 meter yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara.

Selain menganjurkan pelbagai acara kebudayaan dan sukan lasak sepanjang tahun, Menara KL juga unik kerana terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas yang merupakan antara hutan simpan tertua di Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori