Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Cadang Tak Tanding Dun...

RAMAI pihak sedia maklum, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memang dikenali dengan sifat lantang...

Kes SRC: Nasib Najib...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia, dan mungkin juga penduduk dunia, menanti dengan penuh...

Fizo Omar Ikon SSM-ONE...

ARTIS terkenal tanah air, Fizo Omar disahkan bakal muncul untuk menggegarkan karnival Online...

2 Pembawa Dadah Warga...

BANGKOK - Dua pembawa dadah warga Malaysia beranggapan mereka boleh mengangkut 'barang' dengan...

Merokok 100 Batang Sehari, Shahrukh Khan Ingin Berhenti

BAGI pengikut dunia hiburan Bollywood pastinya mengetahui bahawa pelakon terkenal Datuk Shahrukh Khan memiliki tabiat buruk iaitu kuat merokok!

Mana taknya, beliau pernah membuat pengakuan memiliki masalah ketagihan yang kuat sehingga mampu menghabiskan 100 batang rokok sehari. Gali lubang kubur sendiri ke?

BACA JUGA: Foto Shahrukh Khan Dan Salman Bercium Tersebar

Menurut sumber, beliau pernah melakukan percubaan untuk berhenti rokok beberapa kali sebelum ini namun acapkali gagal.

Terkini, aktor tersebut sekali lagi melakukan percubaan menghentikan tabiat buruknya itu dengan melancarkan satu kempen diberi nama ‘We Don’t Talk To People Who Smoke’.

B-fjUJdCQAAqY7u

Menerusi laman mikro Twitter peribadinya, Shahrukh Khan memuatnaik sekeping foto bagi menunjukkan kepada peminatnya bahawa dia sedang menjalankan kempennya itu.

Sudah tentulah tindakan tersebut mendapat reaksi positif daripada pengikutnya yang memuji langkah sihat diambil Shahrukh Khan. Tapi timbul satu persoalan, adakah intuisinya kali ini akan berjaya atau berakhir dengan kegagalan seperti sebelum ini?

Kita tunggu dan lihat.

1002_srk_yellow_fingers_circled


Sebuah portal di India pernah membuat kompilasi gambar bagi menggambarkan tahap ketagihan merokok tunggak ‘Om Shanti Om’ itu apabila ia memperlihatkan keadaan jari Shahrukh Khan yang sudah bertukar menjadi kuning.

Malah, artikel tersebut turut membuat perbandingan wajah Shahrukh Khan dengan bintang seusianya seperti Aamir Khan dan Salman Khan yang kelihatan jauh lebih muda.

Semua tahu, kesan pengambilan rokok akan menyebabkan wajah seseorang kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Selain menghadapi masalah ketagihan rokok, Shahrukh Khan juga mengalami masalah pengambilan kafein melampau apabila mampu menghabiskan 30 cawan kopi sehari.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita – Shahrukh Khan Cuba Berhenti Merokok Lagi

https://www.youtube.com/watch?v=w69gn8dLg-Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori