Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hanya Bantu Siasatan, Bukan...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Isham Ishak...

Tak Perlu Buka Mulut,...

WALAUPUN membintangi drama Nur bersama, aktres Amyra Rosli tidak sama sekali mahu mengulas...

Dinar Tertera Nama Allah,...

LONDON - Saiznya mungkin wang syiling satu euro namun dinar berusia 1,200 tahun...

BR1M Rahmat Ringankan Beban...

ALOR SETAR - Halimah Dahaman bekerja sebagai pembantu gerai di kaki Gunung Jerai,...

Mesej ‘Valentine’s Day’ Dituju Buat Nik Aziz Di Melbourne

resize

PEMERGIAN Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis lalu masih berbekas di hati masyarakat Malaysia, khususnya penyokong beliau.

Malah hingga ke hari ini, pusara beliau dikatakan masih menerima kunjungan orang ramai untuk memberi penghormatan.

Bagi yang tidak dapat melakukan penghormatan tersebut atas kekangan jarak, mereka punyai cara tersendiri untuk meluahkan dukacita atas kehilangan figura tersohor dalam parti PAS itu.

Mengikut laporan Malaysiakini beberapa individu di Melbourne, Australia telah mengirim mesej ‘Melbourne Love TGNA’, ‘We Love  TGNikAziz’ dan ‘Msians Love TGNikAziz’ pada papan iklan elektronik di negara tersebut sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham.

Laporan sama menyebut, papan iklan yang sebenarnya dikhaskan untuk ucapan sempena Hari Kekasih (Valentine’s Day) itu dipercayai dijadikan medium meluahkan penghormatan terakhir oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Papan iklan sepanjang 26 meter di Bourke St dan dikendalikan oleh syarikat telekomunikasi Telstra itu menerima mesej kasih sayang yang ingin diluahkan terhadap pasangan kekasih sebelum diproses dan dipaparkan pada 14 Februari.


Seorang pelajar Malaysia yang enggan dikenali mengakui, dia menghantar mesej bertulis ‘Melbourne Love TGNA’ sebagai dedikasinya kepada insan tersebut.

“Kalau hari kekasih, orang selalu akan berikan ucapan kepada kekasih. Ttetapi kami (bersama rakan-rakan) pilih untuk zahirkan kepada Tuan Guru Nik Aziz,” katanya.

BACA: Allahyarham TGNA Marah Orang Taksub Padanya

Nik Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan malam Jumaat lalu akibat penyakit kanser prostat yang dihidapinya sejak sekian lama.

– MYNEWSHUB.CC

Bintang Syurga – Lagu Tribute Buat Nik Abdul Aziz Nik Mat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori