Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Pramugari Hamfazlin Dikebumikan...

Jenazah anak kapal MH17, Allahyarham Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, selamat dikebumikan pada...

Lanjutan Masa Bayaran Balik...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa daripada tiga bulan kepada enam bulan bagi...

Perarakan Piala Malaysia Dibatalkan

PUTRAJAYA : Majlis perarakan Piala Malaysia dibatalkan kerana atas faktor keselamatan dan kesihatan...

DAP Kata UMNO Parti...

KUALA LUMPUR - DAP kelihatan cukup kalut dan marah dengan pendedahan parti itu...

MH17: Rusia Hargai Pendirian Berkecuali Malaysia

KUALA LUMPUR – Pendirian Malaysia yang berkecuali semasa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) tahun lepas menjadi tonggak bagi hubungan persahabatan yang berterusan antara Malaysia dan Rusia, kata Duta Rusia di Malaysia yang akan tamat tempoh perkhidmatan, Lyudmila G. Vorobyeva.

Beliau berkata Rusia menghargai pendirian Malaysia berhubung perkara itu dan mengulangi kerjasama untuk membantu siasatan dengan apa cara yang mungkin.

“Kami telahpun menyediakan data daripada sumber risikan kami di Kementerian Pertahanan. Malaysia mempunyai peranan besar tambahan pula pesawat dan syarikat penerbangan (MAS) itu milik negara ini dan penumpang warga Malaysia juga berada di dalam pesawat,” katanya.

Vorobyeva berkata demikian kepada Bernama dalam wawancara ‘perpisahan’ baru-baru. Beliau kembali ke negaranya minggu lepas.

“Memang menjadi hasrat kami agar hasil siasatan rasmi berkaitan tragedi bersifat telus dan tidak berat sebelah. Kami mahu masyarakat dunia tahu apa (sebenarnya) berlaku kepada (penerbangan) MH17,” kata Vorobyeva.

Beliau berkata tragedi itu tidak mengubah hubungan antara Malaysia dan Rusia, sebaliknya menekankan tentang pentingnya mengekalkan hubungan persahabatan yang baik antara kedua-dua negara.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat malang Boeing 777-200ER itu ditembak jatuh di ruang udara negara yang bergolak itu tetapi sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.


Dalam pada itu, Vorobyeva yang berkhidmat sebagai Duta di Malaysia sejak Julai 2010, melahirkan rasa sedih untuk meninggalkan negara ini.

“Malaysia sebuah negara yang indah dan saya gembira tinggal di negara ini. Tetapi sekarang adalah masa untuk berpisah; ia sebahagian daripada tugas, walau terlalu sayang sekalipun kepada sesebuah negara tetapi lambat-laun anda perlu beredar jua,” katanya sambil menambah bahawa beliau akan merindui Malaysia.

Beliau yang kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia seperti pantai, gunung dan hutan berkata, apa yang tidak dapat dilupakan ialah persahabatan yang terjalin semasa berkhidmat di negara ini.

Mengenai cadangan perjalanan tanpa visa untuk rakyat Malaysia, Vorobyeva berkata perbincangan masih dijalankan dan berharap Rusia akan menyelaraskan perjanjian dengan Wisma Putra kerana ia dapat mewujudkan kerjasama lebih baik dalam sektor kemanusiaan, pelancongan dan perniagaan.

Pada masa ini, rakyat Malaysia yang melancong ke Rusia perlu memohon visa manakala pelancong Rusia ke Malaysia boleh tinggal di negara ini tanpa visa sehingga 30 hari.

Beliau berkata ketibaan pelancong Rusia ke Malaysia meningkat kira-kira 20 hingga 30 peratus setiap tahun, dan dianggarkan 80,000 pelancong dari sana melawat Malaysia tahun lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori