Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pemenang 5 Emas Paralimpik...

CHENGDU - Pemenang lima pingat emas acara renang Sukan Paralimpik Rio, Huang Wenpan...

Suri Rumah Cetus Kluster...

KOTA KINABALU - Seorang suri rumah mencetuskan satu lagi kluster baharu di Sabah...

Orang Asli Batek Disahkan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 37 daripada 112 pesakit Orang Asli Suku Batek di Kampung...

Keldai Dadah India Ditahan,...

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang lelaki warga India, dipercayai keldai dadah, untuk membawa...

MIC: Palanivel akan panggil mesyuarat CWC 2009 – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel akan memanggil mesyuarat segera Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 untuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas dalam kalangan parti itu, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat peringkat tinggi BN yang dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bersama Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

“Mesyuarat itu turut disertai Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya sendiri,” katamya dalam satu kenyataan.

Tengku Adnan berkata, perjumpaan itu mencapai keputusan untuk pemilihan semula MIC diadakan.

“Antara keputusan perjumpaan itu ialah untuk mengguna pakai senarai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC tahun 2009 seperti yang diputuskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Kehadiran Palanivel dalam perjumpaan itu adalah perkembangan terbaharu dalam penyelesaian kemelut parti itu selepas beliau tidak hadir dalam perjumpaan dengan Najib serta Subramaniam kelmarin.


Tengku Adnan berkata, pemilihan peringkat cawangan MIC akan diadakan pada bulan April ini manakala pemilihan Presiden MIC diadakan pada bulan Mei depan.

“Pemilihan peringkat Bahagian MIC diadakan pada bulan Jun 2015 manakala pemilihan sayap Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC diadakan dalam tempoh dari April hingga Jun 2015,” katanya.

Pemilihan jawatan Timbalan Presiden, anggota CWC dan Naib Presiden serta Mesyuarat Agung MIC diadakan dalam bulan Julai 2015.

Pada 9 Februari lalu, ROS memutuskan bahawa MIC perlu mengadakan semula pemilihan bagi semua jawatan daripada peringkat presiden hingga cawangan parti.

Antara arahan ROS ialah anggota CWC yang dipilih pada tahun 2009 akan memegang jawatan sebagai anggota CWC Sementara sehingga proses pemilihan semula selesai sepenuhnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori