Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ibu Risau Noor Ayrill...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun dipercayai hilang selepas...

Volvo Malaysia Sasar Terajui...

SEBERANG PERAI - Volvo Malaysia Sdn Bhd menyasar untuk menjadi peneraju jenama trak...

Kerajaan Sudah Bayar Faedah...

KOTA BHARU - Kerajaan telah membayar faedah sebanyak RM9 bilion bagi hutang berkaitan...

Pengusaha Nikmati Faedah Selepas...

HULU TERENGGANU - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata langkah menyenaraikan kelapa sebagai...

MIC Tolak Bantuan BN Selesaikan ‘Peperangan Dalaman’

PUTRAJAYA – Usaha Barisan Nasional (BN) untuk memulihkan ‘peperangan’ antara dua puak dalam MIC menemui jalan buntu apabila kedua-dua kumpulan itu menolak campur tangan BN.

Sebaliknya dua pemimpin yang saling bertentangan dalam parti itu iaitu Presidenya, Datuk Seri G Palanivel dan timbalan, Datuk Seri Dr S Subramaniam menganggap BN cuba mentadbir MIC.

Reaksi daripada kedua-dua pemimpin itu yang kelihatan akan membawa padah kepada MIC dikeluarkan masing-masing selepas pertemuan di antara Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Dr S Subramaniam di Pejabat Perdana Menteri, pagi Isnin.

Palanivel yang juga Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli yang tidak hadir hanya menghantar wakilnya iaitu ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk S Sothinathan yang tidak dibenarkan menyertai pertemuan tersebut.

Susulan pertemuan itu, Palanivel mengeluarkan kenyataan dengan nada tegas bahawa beliau tidak bersedia untuk membiarkan pihak ketiga iaitu BN untuk mengambil alih MIC.

“Timbalan Presiden MIC (Subramaniam) mungkin bersedia untuk membenarkan pihak ketiga mengambil alih MIC dan kehilangan maruah dan kehormatan, tetapi tidak bagi saya.

“Kita mempunyai Perlembagaan parti dan undang-undang yang relevan untuk mengurus dan menjalankan pilihan raya parti, jika perlu dan sebarang tindakan lain seperti yang dicadangkan akan menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

“Ia betul-betul meletakkannya di tahap menjijikkan di mana seseorang boleh pergi sejauh itu agenda politik,” katanya sambil menyatakan rasa tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dibenarkan menyertai pertemuan itu.

Presiden MIC itu juga menegaskan bahawa BN tidak mempunyai bidang kuasa, sekali pun untuk mengambil alih pentadbiran atau mengendalikan pilihan raya parti kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan MIC serta Akta Pertubuhan 1966.

“Walaupun MIC merupakan parti komponen dalam BN, MIC masih parti politik yang mempunyai haknya tersendiri dan ditadbir oleh Perlembagaan parti.


“BN harus menghormati Perlembagaan MIC dan tidak menceroboh dalam pentadbiran MIC seperti yang dicadangkan,” katanya.

Sementara itu, Dr S Subramaniam turut menafikan beliau bersetuju untuk membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran parti itu.

“Saya menafikan sama sekali bahawa adanya persetujuan untuk membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih MIC sepenuhnya seperti mana kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengelirukan.

“Sebagai pemimpin MIC, saya ingin menegaskan, walaupun berhadapan masalah, kami tidak akan bertolak ansur dalam hal membabitkan integriti dan maruah parti.

“Apa yang berlaku hanya perbincangan mengenai BN yang akan bertindak sebagai fasilitator dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku. Tiada cadangan untuk Barisan mengambil alih MIC,” kata Dr Subramaniam dalam kenyataan di sini, Isnin.

Jelasnya lagi, pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tengku Adnan pada pagi Isnin membuat beberapa ketetapan termasuk MIC perlu menangani isu ini mengikut arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan 32 ahli yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 2009 perlu membentuk CWC Interim untuk mengendalikan pemilihan semula parti itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mejelaskan, BN akan hanya membentuk sekretariat untuk campur tangan bagi mengelak kemelut dalaman MIC berlarutan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan perjalanan MIC lancar sehingga pemilihan semula, selain membantu mengatasi masalah cawangan yang diisytiharkan tidak sah oleh ROS. – mStar Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori