Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ambang Merdeka Papar Semangat...

KUALA LUMPUR - Tema "Sehati Sejiwa" yang dikekalkan pada sambutan Hari Kebangsaan 2016...

Wanita Kuching Jual Dara...

KUCHING: Seorang ibu yang menjual keperawanan anak gadisnya yang berusia 13 tahun sebanyak RM3,000 telah dijatuhkan hukuman...

Nostalgia 25 Tahun Stesen...

SEPANJANG 25 tahun, siapa sangka sebuah stesen minyak mampu meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat...

47 Kawasan Rekod Bacaan...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara semakin baik dengan 47 kawasan...

Misi Tawan Semula Mosul Bermula April, Mei – AS

WASHINGTON – Operasi bagi menawan semula bandaraya kedua terbesar Iraq daripada militan IS mungkin akan bermula April atau Mei depan dan membabitkan 12 briged atau antara 20,000 dan 25,000 tentera Iraq, menurut pegawai kanan tentera Amerika Syarikat.

Memberikan butiran operasi Mosul itu untuk kali pertama, pegawai dari Central Command (CENTCOM) itu berkata lima briged tentera Iraq akan menjalani latihan dalam masa terdekat untuk misi itu.

Lima briged itu akan membentuk pasukan tempur utama yang akan melancarkan serangan dan akan disokong tiga briged lebih kecil yang bertindak sebagai pasukan simpanan bersama tiga briged Peshmerga yang akan mengekang militan IS utara dan barat Iraq.

Peshmerga adalah pasukan Kurdis dari utara Iraq.

Pegawai itu berkata, akan ada pasukan tempur Mosul yang dibentuk daripada bekas anggota polis Mosul dan puak tempatan yang perlu bersedia memasuki bandaraya itu selepas pihak tentera mengusir militan IS.


Katanya, tentera AS akan memberi bantuan ketenteraan untuk operasi itu, termasuk latihan, risikan dan pemantauan.

Bagaimanapun, katanya, tiada keputusan bagi menghantar pasukan tentera darat AS untuk membantu menyelia serangan udara.

Militan IS menawan Mosul Jun tahun lalu dan ketika ini terdapat antara 1,000 dan 2,000 anggota di Mosul. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori