Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bas Pelancong Terbalik, 30...

SUNGAI BULOH - Kira-kira 30 penumpang bas pelancong dari Ipoh, Perak, nyaris maut...

Siasatan Kewujudan Kartel Ayam...

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini di peringkat akhir melengkapkan siasatan...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan...

Didenda Sebab ‘Conteng’ Orang...

GARA-gara 'menconteng' perkataan disabled (orang kurang upaya) di jalan raya, seorang wanita warga...

Pisau Cukur Dalam Kuih Kelupis, Peniaga Dakwa Disabotaj

KES penemuan objek jijik dalam makanan boleh dikatakan sudah acapkali didengar.

Namun lain pula kisahnya yang berlaku di Beaufort, Sabah apabila pemilik sebuah kedai kopi menjumpai kepingan pisau cukur dalam kuih kelupis yang dijual.

Objek itu disedari selepas seorang pelanggan yang membeli kuih tersebut memaklumkan kepadanya pada pukul 9 pagi, 14 Februari lalu. 

Peniaga yang dikenali sebagai Awang, 35 mendakwa dia percaya ada pihak cuba mensabotaj perniagaannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur berkenaan dalam kuih tradisional tersebut. 

“Saya sangat terkejut dan membawa kuih kelupis itu ke balai polis dan membuat laporan pukul 4 petang hari sama,” katanya. 

Memetik laporan mStar Online, Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kini sedang menyiasat kes berkenaan. 


“Kami sentiasa memantau perkara ini kerana nyawa orang awam di daerah ini mungkin terancam sekiranya insiden sama berulang,” katanya. 

Bagi yang tidak tahu, kuih kelupis merupakan sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak yang diperbuat daripada tepung beras pulut.

– MYNEWSHUB.CC

Video Cara Buat Kuih Kelupis 
https://www.youtube.com/watch?v=Cp00vZtq9iw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori