Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Deretan 10 Kedai Di...

IPOH - Sepuluh kedai termasuk sebuah muzium yang mempamerkan koleksi sejarah hangus dalam...

ESSCom Wujud Satu Lagi...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mewujudkan satu lagi...

Jerebu: Jabatan Laut Tingkat...

KUANTAN - Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah meningkatkan tahap pemantauan di perairan negara...

P.Pinang Akan Terus Benarkan...

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini diberitahu kerajaan...

‘Mohon Pengampunan Agong Inisiatif Keluarga, Bukan PKR’

KUALA LUMPUR – “Kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan kerana ayahanda kami tidak bersalah,” kata Penyelaras #March2Freedom, Nurul Nuha Anwar.

Beliau bagaimanapun mengakui petisyen memohon pengampunan diraja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara kerana meliwat merupakan inisiatif keluarga, bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Hari ini (semalam) merupakan minggu kedua ayah kami ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.

“Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah,” dakwanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Justeru, beliau menegaskan, mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi keluarganya yakin Anwar yang juga Ketua Pembangkang tidak bersalah.


Media semalam melaporkan keluarga Anwar mengemukakan petisyen pengampunan diraja terhadap sabitan bersalah yang dikenakan ke atas beliau dalam kes liwat II.

Tindakan itu bagaimanapun dilihat bercanggan dengan kenyataan ramai pimpinan kanan PKR sebelum ini kononnya Anwar tidak akan memohon pengampunan kerana beliau tidak salah.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori