Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nelayan Temui Mayat Bayi...

PERMAISURI - Dua nelayan terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup...

Umur Bukan Ukuran Sara...

PETALING JAYA - Pelakon Sara Ali memberitahu dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta...

Pasangan Ini Hanya Makan...

PASANGAN ini, Akahi Ricardo dan Camila Castello, mendakwa mengamalkan kehidupan `bebas makanan’ dan...

Opss… Jantina Nur Sajat...

NUR Sajat mula menempa nama berikutan suatu ketika dahulu pernah terlibat dalam kemalangan...

MPM Sokong Boikot Peniaga Cina Tamak

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Melayu (MPM) membuat kenyataan terbuka menyokong gesaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang tamak dan enggan menurunkan harga barangan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, MPM turut memahami gesaan Ismail Sabri itu bukan menyarankan pengguna memboikot secara menyeluruh tetapi hanya ke atas peniaga Cina yang degil menurunkan harga barangan pengguna walaupun telah diarahkan supaya berbuat demikian.

“MPM merasakan saranan beliau amat berasas. Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, beliau mengetahui apa yang berlaku terutama barangan makanan yang dibawah kawalan dan portfolio kementerian beliau iaitu eksploitasi harga yang berleluasa sekian lama, macam tidak terkawal langsung.

“Itu sebabnya sejak beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, salah satu agenda besar yang beliau laksanakan ialah kempen Jihad Perangi Orang Tengah. Malangnya kempen beliau itu tidak seorang pun pemimpin politik parti komponen Barisan Nasioanl (BN) terutama dari MCA dan Gerakan menyokongnya,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hasan turut menjelaskan, Ismail Sabri semasa musim perayaan yang lalu terpaksa meminta peruntukan khas dari Kerajaan untuk membolehkan agensi kerajaan mendapatkan bekalan beberapa barangan makan terpilih untuk dibekalkan kepada para pengusaha pasar tani bagi mengimbangi harga pasaran yang dieksploitasi oleh ramai peniaga Cina.


Justeru, katanya, Ismail Sabri sebagai menteri telah melakukan perkara yang wajar dalam menegur pengguna yang majoritinya Melayu untuk memboikot para peniaga Cina yang degil.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa kesal ke atas pemimpin MCA dan Gerakan yang membantah dan mendesak supaya Ismail Sabri meletakkan jawatan sedangkan saranan itu dibuat demi kepentingan semua pengguna.

“Binalah budaya berpolitik berhemah dan budaya politik setiakawan, jangan jadi duri dalam daging. Orang Cina dah lama menyampah kepada MCA itu sebabnya MCA kian tak popular. Orang Melayu yang memberi muka kepada MCA. Jangan sakitkan hati orang Melayu dan jangan sampai nanti orang Melayu pulak yang menyampah pada MCA,” tegasnya.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori