Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Raub masih kekal 71 orang daripada 19...

14 Wanita Asing Ditahan...

GEORGE TOWN - Sebanyak 14 wanita warga asing ditahan kerana menjalankan aktiviti bersosial...

Tuanku Muhriz Gesa Kerajaan,...

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan...

Jerebu: 538 Buah Sekolah...

SHAH ALAM - Keadaan jerebu yang berterusan telah mengakibatkan 584,595 pelajar terjejas susulan...

Muhammad Shafee Hanya Jelaskan Perkara Sebenar

ALOR SETAR – Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berpendapat tindakan Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan ceramah tentang kes itu hanyalah untuk menjelaskan perkara sebenar.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan Muhammad Shafee adalah untuk menjelaskan kes tersebut bukanlah satu konspirasi seperti didakwa.

Mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) berhak untuk menjemput beliau bagi memberikan ceramah, katanya.

“Saya kira itu terpulang kepada NGO untuk jemput beliau, dan beliau pula tidak boleh disekat, sebab pembangkang pun asyik tuduh (kes liwat Anwar) konspirasi.

“Kalau kebetulan (ceramah) dihebahkan di kawasan tertentu dan selepas itu orang UMNO nak datang, tidak ada siapa boleh halang,” kata Ahmad kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua penerangan bahagian UMNO Kedah hari ini.

Ahmad berkata tindakan Muhammad Shafee melakukan siri ceramah tersebut juga bukanlah atas desakan UMNO mahupun kerajaan, sebaliknya bercakap atas jemputan NGO.


“Malaysia negara bebas, asal tidak sebar fitnah cukuplah, dan saya yakin dia (Muhammad Shafee) tidak sebar fitnah,” katanya.

Semalam, Muhammad Shafee mengadakan siri jelajah dinamakan ‘Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’ di Permatang Pauh, bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat II terhadap Anwar.

Ceramah tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori