Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Wanita Jual Dadah...

GEORGE TOWN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menahan dua wanita. yang...

Runtuh: Mayat Pekerja MRT...

PETALING JAYA - Mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan konkrit...

Hujan, Ribut Jejas Aktiviti...

LANGKAWI - Kejadian angin kencang dan hujan berterusan yang membadai pulau peranginan ini...

Batu Puteh: Singapura Jawab...

PUTRAJAYA - Singapura dijangka memberi jawapan kepada permohonan Malaysia untuk menyemak semula keputusan...

Najib Adakan Pertemuan 4 Mata Dengan Presiden Indonesia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Indonesia Joko Widodo di Kompleks Perdana Kompleks Putra di sini hari ini.

Najib dan Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi, akan menghadiri mesyuarat delegasi sebelum mengadakan sidang akhbar bersama.

Mesyuarat itu dijangka membincangkan pelbagai isu termasuk ekonomi, pengambilan pekerja dan wilayah maritim.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kemudian akan menjadi hos pada majlis makan tengah hari rasmi bagi meraikan Jokowi dan isteri, Iriana dan delegasi Indonesia di Sri Perdana di Putrajaya.

Jokowi akan melawat kilang Proton bagi meninjau peluang kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang automotif.

Presiden Jokowi, yang dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 Okt tahun lepas, sedang dalam rangka lawatan negara pertama tiga hari ke Malaysia, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


Beliau membawa bersamanya menteri-menteri utama kabinet dalam delegasinya termasuk Menteri Hal Ehwal Luar, Retno Marsudi; Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Ekonomi Sofyan Djalil; Menteri Perdagangan Rachmat Gobel dan Menteri Tenaga Kerja M. Hanif Dhakiri, Ketua Agensi Kebangsaan bagi Penempatan dan Perlindungan Pekerja Indonesia Luar Negara, Nusron Wahid, Ketua Sekretariat Presiden Djarot Sri Sulistyo dan Setiausaha Tentera kepada Presiden Indonesia Tri Wahyudi Sukarno.

Pada Rabu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata lawatan negara Presiden Indonesia itu memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk mengkaji kemajuan dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Indonesia ialah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencatatkan RM61.1 bilion (AS$19.4 bilion) pada 2013 dan RM54.7 bilion (AS$16.9 bilion) bagi tempoh Januari hingga November 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori