Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Ketua Pemuda PAS...

MELAKA - Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengistiharkan...

Lebih 2,000 Majikan Gagal...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,251 majikan melakukan kesalahan kerana gagal memberi salinan kontrak...

Ahmad Zahid Perlu Hadir...

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan hadir...

Penjawat Awam Di Langkawi...

LANGKAWI - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meminta kerajaan...

Najib, Jokowi Solat Jumaat Di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini menyertai ribuan jemaah Masjid Putra di sini untuk menunaikan solat Jumaat.

Najib dan pemimpin Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi tiba kira-kira 1.20 tengah hari selepas mengadakan mesyuarat dua hala dan sidang akhbar bersama di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra yang terletak berhampiran dengan masjid itu.

Kedua-dua pemimpin negara Islam itu yang segak bersut hitam mengikuti khutbah Jumaat disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra Abd Manaf Mat yang kemudian turut mengimamkan solat.

Selesai solat, Najib dan Jokowi turut meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah.


Jokowi sedang melakukan lawatan negara tiga hari di Malaysia bermula semalam atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ia adalah lawatan sulung pemimpin itu ke luar negara selepas dilantik sebagai presiden Indonesia pada 20 Okt tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori