Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Putin Isytihar Operasi Ketenteraan...

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin memutuskan untuk memberi lampu hijau terhadap operasi ketenteraan di...

Guna Apungan Terkawal Jika...

KUALA LUMPUR - Kaedah pengapungan terkawal dijangka diguna pakai bagi penetapan harga petrol...

Video: Detik Lori Terbalik...

VIRAL menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Info Roadblock JPJ/polis memaparkan detik-detik...

Merayau Tepi Rumah Sendiri...

MALANG menimpa seorang lelaki apabila dia dibogelkan, diikat di tiang elektrik serta disiksa...

Najib Terima Sumbangan RM10j Untuk Baiki Masjid, Surau

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima sumbangan RM10 juta daripada beberapa badan dan syarikat untuk Tabung Ihsan Pemulihan Masjid Banjir Kelantan bagi membaik pulih masjid dan surau yang rosak akibat banjir baru-baru ini di Kelantan.

Majlis berlangsung di Bangunan Perdana Putra itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sumbangan disampaikan wakil badan dan syarikat antaranya Bank Islam Malaysia Bhd; Bank Rakyat; FELCRA Bhd dan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Kalangan Penganut Agama.

Sementara itu, pengerusi tabung berkenaan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tabung itu diwujudkan sejak 20 Januari lalu hasil inisiatif Biro Agama UMNO Kelantan serta dipantau sebuah Jawatankuasa Pemegang Amanah untuk memastikan ketelusan pengagihan bantuan.


Beliau berkata, banjir di Kelantan baru-baru ini yang dianggap terburuk dalam sejarah negara telah mengakibatkan 83 masjid dan 242 surau di negeri itu mengalami kerosakan teruk dan dianggarkan RM20 juta diperlukan untuk baik pulih termasuk membeli kelengkapan.

“Prinsip pengagihan tabung ini adalah bila dapat sumbangan terus bagi (kepada masjid dan surau) dan bukannya kumpul,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori