Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Stacy Selamat Lahirkan Bayi...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Stacy Anam atau Ummu Shaikhah Stacy Anam  selamat melahirkan...

Peraturan Cuti Baharu Kakitangan...

SEREMBAN - Kakitangan awam dibenarkan memohon cuti tanpa rekod sehingga lima hari jika...

Bising Punya Pasal, Guru...

GARA-GARA berang dengan jiran yang membuat bising, seorang guru sambilan menunjukkan kemaluan semasa...

Anwar Beritahu Pakatan Baharu...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Najib Hadir Ziarah Nik Aziz, Terpaksa Naik Peronda

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Najib yang berpakaian baju Melayu serba putih hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat mantan menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, Najib terpaksa menaiki kereta peronda Polis untuk menziarahi majlis pengebumian berkenaan ekoran ribuan manusia yang berada di perkarangan rumah Allahyarham.

130215NajibPeronda_2

Beliau dilaporkan berlepas menggunakan pesawat khas kerajaan Malaysia dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

NSTP.

IMG-20150213-WA0010-600x360 (1)

Turut mengiringi adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal merican Naina Merican.

10428640_1450038288431204_2171423420913274699_n (1)


Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan oleh ribuan masyarakat di masjid Tok Guru sebelum dikebumikan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Kerajaan Kelantan dikhabarkan turut menyediakan kenderaan khas bagi orang awam yang ingin memberi penghormatan terakhir. Kenderaan tersebut boleh dinaiki di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu mulai jam 7.30 pagi tadi.

130215NajibPeronda_4

Sementara itu bagi mengelakkan kesesakan, laluan ke kediaman Allahyarham ditutup bermula dari Simpang Empat Panji hingga ke Simpang Empat Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).

Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat khas Pulau Melaka dibenarkan masuk ke kediaman Allahyarham, manakala kenderaan lain perlu diletakkan kira-kira satu kilometer dari lokasi itu.

– MYNEWSHUB.CC

Video Najib Terima Berita Pemergian Nik Aziz Semasa Berucap

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori