Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Reman Remaja Bunuh Penuntut...

PORT DICKSON - Perintah reman terhadap seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh penuntut...

Perbincangan Dengan Mahathir Tak...

PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan...

JBPM Kelantan Sudah Bersiap...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah bersiap siaga...

Polis Johor Rampas Dadah...

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah dengan penahanan...

Najib Buat Tinjauan Mesra Thaipusam Di Batu Caves

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan sambutan Thaipusam oleh kira-kira 1.6 juta penganut agama Hindu dan pelancong asing di Batu Caves di sini, hari ini.

Perdana Menteri bersama-sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekarangan Batu Caves pada 10.30 pagi disambut oleh pemimpin MIC termasuk Presidennya Datuk Seri G.Palanivel, pemimpin masyarakat setempat dan ketua-ketua agama Hindu.

Kelihatan lautan penganut Hindu yang antara mereka membawa kavadi, berkaki ayam dan bercukur rambut pada perayaan itu yang merupakan satu daripada acara rasmi kalendar pelancongan negara.

Mereka mengunjungi kuil Sri Subramaniyar Swamy bagi menyampaikan kesyukuran melaksanakan nazar atau menebus dosa masing-masing sempena perayaan Thaipusam.

Orang ramai dan pelancong asing turut menyaksikan keunikan perayaan itu.

Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia, semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil ‘Thai’ bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak lelaki bongsu Dewa Shiva dan Dewi Parvati.


Ia juga bagi memperingati peristiwa iaitu Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat bernama Soorapadman serta mengembalikan kemakmuran manusia.

Di IPOH, lebih 10,000 penganut Hindu termasuk pelancong asing membanjiri Kuil Arul Subramaniar yang terletak di kawasan batu kapur Gunung Cheruh di sini, sejak petang semalam bagi menyambut perayaan itu.

Pelbagai aktiviti keagamaan penganut Hindu diadakan dengan meriah dan warna-warni termasuk perarakan patung Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Pari ke kuil itu.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam turut berada di perkarangan kuil untuk meninjau suasana sambutan dan beramah mesra dengan penganut Hindu di situ. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori