Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

“Saya Tak Pernah Lari...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau...

Budaya Demokrasi Dalam UMNO...

GUA MUSANG : Budaya demokrasi dalam UMNO kekal subur apabila ahli dan pemimpinnya...

Trend ‘Dark Side’ Media...

KUALA LUMPUR - Menggunakan platform media sosial untuk memaparkan pelbagai perkara, sama ada...

28,298 Kes Baharu Jangkitan...

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 28,298 kes baharu Covid-19 pada...

Najib Zahirkan Penghargaan Pihak Bertugas Di Musim Perayaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan dan pihak lain yang bertugas di musim perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Dalam catatan di laman Facebook beliau, Najib berkata pengorbanan mereka ketika rakyat Malaysia yang lain bercuti sememangnya dihargai.

“Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan seperti pihak polis, tentera, bomba, para doktor dan pegawai kesihatan serta mereka yang bertugas ketika waktu cuti ini bagi melindungi rakyat dan memelihara keamanan negara.

“Pengorbanan anda semua amat dihargai,” katanya.


Perdana menteri turut menggesa rakyat Malaysia supaya memenuhi waktu cuti itu bersama keluarga dengan aktiviti yang merapatkan lagi talian kekeluargaan.

“Tentu ramai yang telah merancang pelbagai aktiviti menarik sempena cuti panjang minggu ini. Mudah-mudahan semua dapat habiskan waktu cuti berkualiti bersama anggota keluarga dan yang tersayang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori