Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

B40 Terus Dibela, Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) terus mendapat pembelaan dalam...

Mahathir Akan Bertemu Ketua...

SINGAPURA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini untuk...

Melaka Pantau Perkembangan Badrul...

MELAKA - Kerajaan Melaka akan memantau secara dekat perkembangan atlet olahraga remaja negara,...

Pemansuhan Faedah Moratorium Pinjaman...

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa pengecualian bayaran faedah bagi moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) untuk tempoh tiga bulan adalah hasil Memorandum Persefahaman (MOU) antara pihak mereka dengan kerajaan.

Dikutuk Di Laman Sosial, Nazim Othman Malas Ambil Kisah

BAGI yang mengikuti laman sosial Instagram pelakon ini pasti dapat melihat betapa aktifnya Nazim Othman berkongsi gambar aktiviti seharian buat semua pengikut setianya.

Tapi macam biasalah bila artis memuatnaik gambar, mulalah ada tangan-tangan gatal beri komen yang kadangkala boleh menjatuhkan air muka.

Nazim Othman antara yang pernah dikritik teruk di laman sosial, antaranya dikatakan artis syok sendiri.

Mengulas perkara ini Nazim mengatakan pada fasa ini dia sudah tidak ambil peduli mengenai segala komentar yang tidak masuk akal itu. Katanya, dia sekarang bersifat lebih matang dalam menangani perkara sebegitu seiring dengan pertambahan usianya.


“Kalau provokasi sebegitu datang ketika saya berusia 25 tahun, mungkin saya akan melenting dan cepat marah. Bohong kalau saya katakan saya tidak bengang.

“Tapi, saya tidak terlalu melayan setiap komen tersebut kerana orang yang memberi komen itu tidak kenal diri saya secara peribadi,” katanya memetik laporan Sinar Harian. 

Walaupun mengakui dia ada menyekat sesetengah pengikut yang gemar memberi komen melampau, namun menurut Nazim kritikan yang dilemparkan peminat juga perlu diambil kira agar selebriti sepertinya tidak terlalu terbuai dengan zon selesa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori