Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Macam Mana Meniaga Ni,...

RASANYA mesti ada pembaca Mynewshub yang pernah terkena macam ni..Beli-beli sandwich, tup-tup buka,...

Media Akan Dibawa Lihat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan berhasrat menggunakan media massa bagi melihat sendiri tugas...

Saudi Larang Lawat Jabal...

RIYADH - Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi dilaporkan mula melarang semua kegiatan...

Pecahkan Motosikal, Penganggur Didenda...

PETALING JAYA - Gara-gara memecahkan beberapa buah motosikal di kawasan parkir sebuah pangsapuri,...

Neelofa Akui Takut Salah Cakap Perihal ‘Kerabat Diraja’

PELIK sungguh kan… Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nama Neelofa dikaitkan bakal berkahwin dengan seorang kerabat diraja.

Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa pula nampaknya masih mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut perihal khabar angin individu tersebut.

Sementara itu, pihak kami berjaya menemu ramah Neelofa dalam majlis sambutan hari jadinya ke-26 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, semalam.

01

Haaa… Saat-saat inilah kami cuba mengusik pengacara Meletup ini perihal sejauh mana hubungan itu terjalin.

Menurut Neelofa atau mesra disapa Lofa, 26 berkata, dia akui takut untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan perihal kerabat diraja yang boleh disalah ertikan.

“Tak perlu saya komen untuk statement yang melibatkan orang sebegitu.. Saya takut salah cakap.” katanya.

Bagaimanapun, gadis jelita ini bijak berahsia dalam mengatur jawapan setiap soalan yang diutarakan.


Dia juga memberitahu setakat ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga sepanjang 2015.

“Saya tak rush untuk perkahwinan.. Maksud saya tiada persiapan kahwin, merisik dan meminang pada mana-mana tarikh tahun ini. Tapi fokus ke arah yang lain, ” ujarnya.

Sementara itu, Lofa turut meluahkan kesyukuran atas rezeki yang sentiasa mencurah-curah dalam bidang perniagaan yang diceburi hasil perkongsian bersama keluarganya.

05

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengasas kosmetik Airis, Datuk Aizuddin Ghazali dan pereka fesyen terkenal Bon Zainal. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=jUWv1JkR6oo

https://www.youtube.com/watch?v=SA9_xLI_Ykw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori