Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRU14: Pasukan Khas Pantau...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi...

Agenda Tingkat Taraf Hidup...

KUALA SELANGOR – Agenda penting kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan taraf kehidupan...

MB Perak Sertai MBI...

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membuat pemeriksaan mengejut...

GLC Wajib Laksana Program...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mewajibkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melaksanakan program Tanggungjawab...

Negara Kehilangan Ikon Penyiaran Sukan – Tengku Abdullah

KUALA LUMPUR – Pemergian pengulas sukan terkenal negara Allahyarham Datuk Hasbullah Awang hari ini merupakan satu kehilangan besar buat industri sukan negara, titah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah negara kehilangan ikon penyiaran sukan yang berkaliber dan tiada tolok bandingnya, dan kredibiliti arwah dalam bidang sukan perlu dicontohi pengulas sukan yang ada sekarang.

Tengku Abdullah bertitah baginda amat terkejut ketika dimaklumkan tentang kematian itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

“Saya masih ingat lagi masa zaman muda-muda dulu, saya mengenali beliau (Allahyarham) sebagai seorang yang mahir dalam bidang sukan. Saya minat dengan gaya ulasan beliau,” titah baginda kepada pemberita di bilik mayat Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Sebaik mendapat perkhabaran itu, baginda bergegas ke IJN dan sempat menziarahi jenazah arwah sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Bukit Naga, Shah Alam untuk urusan pengebumian.

Turut berada di IJN bagi memberi penghormatan terakhir ialah Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad, penggiat seni dan bekas pengulas sukan Datuk Rahim Razali selain rakan dan sanak-saudara Allahyarham.

Allahyarham, yang menjalani rawatan di IJN akibat komplikasi jantung sejak 4 Feb lepas, meninggal dunia pada 12.20 tengah hari dan meninggalkan isteri Datin Hazida Alang Ahmad, 58, selain empat anak serta tujuh cucu.


Sementara itu, anak sulungnya, Jojiana, 37, yang ditemui pemberita, berkata Allahyarham amat tekun dan mencintai kerjayanya.

“Dia seorang ayah yang bertanggungjawab, penyayang, mengambil berat dan sangat merendah diri. Dia sebenarnya seorang yang pemalu, orang ramai ingat dia seorang yang banyak cakap. Dari segi kerja, dia seorang yang tekun dan bersungguh-sungguh terhadap kerja.

“Malah masa masuk ke hospital pun, dia masih nak laptop (komputer riba) untuk menaip skrip,” katanya.

Menurut Jojiana, masalah komplikasi jantung yang dihidapi Allahyarham dikesan ketika membuat pemeriksaan di sebuah klinik berhampiran kediaman mereka selepas Allahyarham sakit di bahagian kaki dan sukar berjalan.

“Bila buat pemeriksaan di hospital selepas itu, memang ada tiga saluran darah tersumbat pada jantung dan kemudiannya dirujuk ke IJN. Kami ingat boleh buat ‘bypass’ (bedah pintas) di sini tapi doktor kata tidak boleh buat dan hanya boleh dilakukan pembedahan memasukan belon ke dalam saluran darah.

“Sepatutnya pembedahan dibuat Selasa lepas tetapi ditunda ke hari ini. Dalam pembedahan mulai 8.30 pagi tadi, Abah ada masalah dan tidak sedarkan diri selepas itu sehinggalah menghembus nafas terakhir pukul 12 lebih,” jelasnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori