Nombor plat sememangnya berfungsi sebagai nombor pendaftaran kepada setiap kenderaan dan ia hanya dikeluarkan khas dalam kuantiti satu sahaja.
Namun, ada sesetengah individu yang cuba mencipta keunikan pada kombinasi abjad dan nombor yang tertera di kenderaan masing-masing bagi membawa makna lain yang mungkin personal mahupun menggambarkan diri si pemilik.
Baru-baru ini, sekeping foto menjadi viral apabila memaparkan sebuah kenderaan yang menggabungkan nombor plat untuk tujuan mengingatkan kewajipan solat! Mulia sungguh tindakan si pemiliknya!
[ARTIKEL VIRAL LAIN: Rakaman ‘Ikan Merokok’ Di Malaysia Viral Seluruh Dunia]
Si pemilik merapatkan kedudukan huruf ABA dan nombor 15, sekaligus ia dapat dieja dan disebut ‘ABAI 5’.
Kemudian, si pemilik menambah perkataan ‘JANGAN’ dan ‘WAKTU’ di pangkal hadapan dan belakang nombor plat kenderaannya supaya ia membawa makna ‘JANGAN ABAI 5 WAKTU‘.
Sebagai seorang Islam, semua tahu solat yang merupakan tiang agama dan wajib ditunaikan sebanyak lima kali pada lima waktu berbeza, iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.
Dari sisi Islam, tindakan tersebut sekaligus memberikan ganjaran pahala kepada empunya kereta kerana mengingatkan individu lain untuk menunaikan rukun Islam ketiga tersebut.
Namun, tidak dapat dipastikan, adakah ia sah di sisi peraturan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Trend memanipulasi nombor plat untuk tidak sekadar berfungsi sebagai nombor pengenalan kereta semakin popular dalam kalangan pengguna sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Buat sesetengah individu, mereka sanggup melabur untuk mendapatkan susunan nombor yang menarik sebagai kepuasan mahupun kepercayaan bahawa ia membawa tuah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Shaheizy Sam Disaman JPJ Guna No Plat MOMMY]
Sebagai contoh, Datuk Siti Nurhaliza menggunakan nombor plat KCT 1 sebagai gabungan nama beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid.
Selain itu, ibu kepada pelakon popular Shaheizy Sam turut menjadi ‘kreatif’ dengan menggunakan nombor plat keretanya, MCM 1774 menjadi ejaan ‘MOMMY’, namun tindakan tersebut mengundang padah apabila dia disaman JPJ kerana melanggar peraturan. – MYNEWSHUB.CC
Nombor Plat Kelakar Di Malaysia