Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pesilat Hanya Layak Masuk...

KUALA LUMPUR - Golongan pesilat hanya layak masuk `bakul sampah' sejarah Malaysia!Demikian sindiran...

Cuba Seludup Cicak &...

PADANG BESAR - Tiga individu termasuk dua rakyat Thailand diberkas Agensi Kawalan Sempadan...

Raja Azmi, Eddie Ghazali...

KUALA LUMPUR : Produser filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman sah bercerai talak...

Zuraida Ditahan Berhubung Himpunan...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ditahan dipercayai berhubung perhimpunan haram...

Nicol Bertemu Raneem Pada Final Cleveland Classic

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David kembali mempamerkan aksi kemenangan apabila mara ke pentas final Kejohanan Skuasy Cleveland Classic pada Isnin.

Juara dunia lapan kali itu cemerlang apabila menundukkan pemain Mesir Omneya Abdel Kawy 11-7, 11-3, 11-8 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, di Ohio, Amerika Syarikat.

“Kemenangan 3-0 bagi saya menentang Omneya hari ini cukup baik. Mara ke final #ClevelandClassic bertemu Raneem El Welily,” kata Nicol menerusi mesej tweeter selepas mencatatkan kemenangan mudah ke atas pilihan kesembilan itu.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu meneruskan cabaran untuk menentang bekas juara dunia 2013 Raneem El Welily dari Mesir pada final, lewat hari ini, menurut www.squashsite.co.uk.


Pilihan ketiga yang sekarang diletakkan dalam ranking kedua dunia menewaskan pemain England Laura Massaro 3-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Raneem diberi tentangan sengit sebelum menang 11-3, 11-7, 13-15, 11-9 dan 12-10 untuk mara ke pentas final. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori