Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Israel Serang Lebih 500...

BAITULMUQADDIS : Israel memaklumkan pasukan tenteranya melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan meriam...

Sukan Komanwel: PABM Harapkan...

KUALA LUMPUR – Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bakal menghantar 10 atlet ke...

Suami Isteri ‘Mingguan’ Boleh...

KUALA LUMPUR - Suami isteri 'mingguan' boleh memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia...

Sultan Pahang Prihatin Pencemaran...

KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini menegaskan keprihatinan baginda tentang...

Nokia 215: Sokongan Internet Dan Bateri 21 Hari

Microsoft pada awal Januari 2015 yang lepas, telah memperkenalkan salah satu telefon mampu milik mereka dengan sokongan akses internet, dinamakan sebagai Nokia 215.

Ia hadir dalam variasi satu-SIM dan juga dwi-SIM, dan membawakan beberapa ciri-ciri menarik untuk pengguna. Kini, selang sebulan lebih, telefon pintar berkenaan dilihat telah pun mula dijual di Malaysia.

nokia-215-2

Nokia 215 membawakan skrin berwarna dan papan kekunci fizikal. Ia dilengkapi dengan beberapa aplikasi khusus seperti Facebook Messenger, Twitter dan juga Facebook, selain sokongan pelayar web Opera Mini. Tiada aplikasi WhatsApp buat masa ini pada peranti ini.

Disamping akses internet, telefon ini turut hadir dengan masa bertahan bateri yang lama, iaitu sehingga 29 hari untuk versi satu-SIM, sementara 21 hari untuk versi dwi-SIM – sekaligus menjadikan ia salah satu telefon menarik untuk mereka yang sering mengembara dan bekerja di luar.

Nokia 215 turut mengintegrasikan sokongan lampu suluh pada bahagian atas, disamping turut menyertakan radio-FM, dan sokongan pemain MP3.


Di Malaysia, pengedar rasmi Nokia menjualnya pada harga RM139, yang mana mungkin membuatkan pengguna memilihnya sebagai telefon kedua mereka.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Lowyat/AMANZ

https://www.youtube.com/watch?v=4_pXnDWExOw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori