Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Dendam Kesumat Dorong Lelaki...

China – Akibat dendam kesumat terhadap seorang lelaki susulan satu pertengkaran yang berlaku...

TPM Tiba Di Doha...

DOHA – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini hari...

Keputusan Awal Makmal Tunjuk...

PUTRAJAYA - Keputusan ujian makmal terhadap sembilan sampel darah mangsa keracunan makanan di...

Kemelut FGV Dibincang Dengan...

KEMAMAN - Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan mengadakan pertemuan dengan...

Nurul Izzah Sokong Gesaan KJ Ke Atas TNB

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyokong gesaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) menimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.

Beliau yang juga Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat PKR berkata, gesaan itu perlu dilihat secara universal merentasi pemikiran politik kerana ia dapat mengurangkan bebanan kos yang ditanggung rakyat waktu ini.

“Justeru saya tegaskan dan menyatakan sokongan terhadap kenyataan serta tuntutan yang telah dibuat untuk menurunkan tarif elektrik.

“Semua pihak samada daripada pakatan mahupun Barisan Nasional (BN) wajar menyokong usaha ini. Masalah ini bersifat universal yang wajar mendapat dokongan semua rakyat Malaysia tanpa mengira haluan politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah berkata, semakan semula tarif elektrik setiap enam bulan sekali bermakna semakan berikutnya adalah pada Julai 2015 tidak lagi sesuai diamalkan di negara ini.

Kata beliau, ia berikutan harga bahan api turun mendadak sejak kebelakangan ini yang menunjukkan kerajaan perlu turut berusaha memastikan penurunan kos sara hidup.


“Kerajaan perlu mengambil peluang ini untuk menyemak serta memperkasa usaha menurunkan kos sara hidup rakyat dan menurunkan semua harga barangan terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penurunan kos barang api dan kos minyak dan gas dunia,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan sebelum ini meminta TNB menimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.

Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian dalam status terkini yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.

“Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun,” kata Khairy Jamaluddin. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori