Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelajar Maut, Padah Turun...

SYDNEY - Dua sahabat yang mahu bergembira dengan menaiki troli pasar raya menuruni...

Pemandu Terlibat Tragedi Berbasikal...

JOHOR BAHRU - Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki...

Anak Beranak Gilakan Barangan...

ALOR SETAR - Merah dan putih, dua warna yang mendominasi bilik khas di...

Kes Cerai Punca Kebakaran...

PETALING JAYA - Setelah segala macam spekulasi mengenai kebakaran mengejut enam buah kereta...

Nurul Izzah Tuduh SPR Parti Komponen Ke-14 BN

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memperlekehkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menuduh badan bebas itu sebenarnya parti komponen ke-14 Barisan Nasional (BN).

Nurul Izzah yang juga anak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat membuat dakwaan itu gara-gara tidak berpuas hati dengan proses inkuiri awam untuk persempadanan semula pilihan raya negeri Sarawak.

“Saya mengecam tindakan SPR yang masih ingin meneruskan proses inkuiri awam untuk persempadanan semula (pilihan raya) negeri Sarawak.

“Sewajibnya SPR menunggu keputusan semakan kehakiman ke atas cadangan persempadanan semula oleh SPR sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, semakan kehakiman itu sepatutnya memberikan merit ke atas pelbagai kegusaran yang dibangkitkan oleh PKR mengenai persempadanan itu sebelum ini.

Justeru, dakwanya, SPR telah membelakangi proses semakan kehakiman dan perlu mendedahkan maklumat penting dalam proses persempadanan semula tersebut.

“Ia termasuk juga prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai dalam proses persempadanan atau terpalit selama-lamanya dengan gelaran parti komponen BN yang ke-14,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori